Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Volkswagen Beetle Kamper Mini (1969) Ini Dijual RM82k
Bikin Auto

#BikinKereta: Volkswagen Beetle Kamper Mini (1969) Ini Dijual RM82k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, Volkswagen Beetle boleh diubah suai menjadi kenderaan kamper? Ini mungkin satu-satunya bukti yang masih wujud di dunia dan berada dalam keadaan terpelihara.

Dinamakan Volkswagen Beetle Super Bugger Camper, model ini bukan produk standard yang keluar dari kilang di Jerman. Faktanya, ‘rumah bergerak’ ini ialah pakej kustom ditawarkan syarikat kecil di Costa Mesa, California di Amerika Syarikat (AS) pada 1970-an.

Kit Super Bugger ditawarkan untuk Beetle generasi lama keluaran 1961-1977 yang mengambil masa 60 jam untuk dikustomkan. Apabila siap, kereta kamper itu memang selesa diinap dua individu dewasa.

Menariknya, Super Bugger Camper ini boleh dipandu mengikut halaju lebuh raya berdasarkan pilihan pakej enjin. Ia cuma seberat 113kg dan tidak menambah beban keseluruhan Beetle kerana beberapa struktur besi asal kereta akan dipotong sebelum dipasangkan kit berkenaan.

Rekabentuk kereta kamper itu memerlukan struktur bumbung dan bahagian belakang asal Beetle dipotong. Apa yang tinggal hanya bahagian depan dan lantai kereta.

Selepas itu, material kayu dan gentian kaca akan digunakan untuk membina ‘rumah’ atas kereta. Kedua-dua material digunakan (kayu dan gentian kaca) itu pula lebih ringan daripada besi keluli pada badan asal Beetle.

Ruang kabin Super Bugger Camper boleh menempatkan dua katil bujang, set meja makan dengan dua kerusi, ruang dapur kecil dan dapur gas berserta sinki. Lantai kereta pula ditutup karpet tebal dan langsir gaya 1970-an.

Cara pemasangan sinki dan dapur agak kreatif kerana boleh digunakan dari dalam atau luar kereta, terutama untuk sesi barbeku. Sistem hiburan mengikut trend kenderaan 70-an, iaitu radio CB dengan siaran AM/FM.

Kereta asal di sebalik model kamper itu ialah Beetle (1969) dengan enjin 4-silinder 1,600cc Super Beetle 1973 dengan transmisi manual 4-kelajuan. Sistem suspensi asal ditukar untuk menampung lebihan berat, manakala tayar standard digantikan tayar lebar supaya lebih seimbang.

Pemilik asal Super Bugger Camper, Lloyd Smith memiliki Beetle itu sejak 52 tahun lalu. Kereta kamper itu diserahkan kepada rumah lelong Mecum Auction untuk dibida, dan dijual pada harga AS$19,800 (RM82,060) di Indianapolis, Indiana, AS.

SUMBER: Motor1 | Silodrome

Bikin Kereta Lloyd Smith Volkswagen Beetle Volkswagen Beetle 1969 Volkswagen Super Beetle 1973 Volkswagen Super Bugger Camper
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.