Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#KLIMS2018: Perodua X-Concept Perkenal Konsep Futuristik yang Bukan Sekadar Pengangkutan
Roda4

#KLIMS2018: Perodua X-Concept Perkenal Konsep Futuristik yang Bukan Sekadar Pengangkutan

Han OthmanBy Han Othman22/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mengambil kesempatan sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 mempamerkan reruai berkonsepkan Illumination (pencahayaan) yang menggambarkan visi dan cita-cita pengeluar nasional itu dalam menghasilkan kenderaan sejajar keperluan dan kehendak pelanggan masa depan.

Seiring tema KLIMS 2018, ‘Beyond Mobility’ (Melangkaui Mobiliti), Perodua memperkenalkan model konsep teknologi tinggi, X-Concept dengan meneroka teknologi dan inovasi baharu yang seiring gaya hidup moden masa kini.

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Ada Stail !!!

Mengambik bentuk dinamik hatchback, X-Concept menampilkan ciri menarik seperti gril depan dan logo Perodua yang diterangi LED, lampu depan LED bentuk Y, lampu signal berurutan, dan pintu sway yang mendedahkan ketiadaan pilar B apabila dibuka.

FALSAFAH BAHARU PEMBANGUNAN

Bahagian dalaman X-Concept mempunyai susun atur papan pemuka futuristik sekeliling panel instrumen TFT, skrin sentuh 12.9 inci dan stereng rata flat bottom. Menerusi X-Concept, Perodua cuba mendefinisikan semula falsafah pembangunan kenderaan yang bukan sekadar pengangkutan, tetapi gaya hidup moden masa kini yang lengkap dengan teknologi konektiviti.

Jika anda ke KLIMS 2018 bermula 23 November hingga 2 Disember, jangan lepaskan peluang memandu dan menghayati sendiri X-Concept secara realiti virtual (VR).

GALERI
kereta konsep KLIMS 2018 model konsep Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 Perodua Perodua X-Concept Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

26/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

25/05/2026
Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Australia menjadi antara pasaran pertama luar Jepun bakal menerima Pusat Prestasi Nismo
Auto Terkini

Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor Pusat Prestasi Nismo Buka di Australia

25/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.