Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#KLIMS2018: Honda Super Cub C125 – Boleh Tengok dan Swafoto, Bukan untuk Dijual
Auto Terkini

#KLIMS2018: Honda Super Cub C125 – Boleh Tengok dan Swafoto, Bukan untuk Dijual

AryonBy Aryon22/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Super Cub C125
akhirnya muncul di Malaysia sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS2018) selepas Indonesia dan Thailand terlebih dahulu membawa masuk kapcai retro moden ini. Model ini ialah versi paling premium dalam famili Cub.

Super Cub C125 tampil dalam gaya klasik dengan klac automotid sentrifugal, dan dipadukan bersama ciri moden seperti lampu LED, suspensi travel panjang dan teknologi kunci pintar. Kapcai ini juga dilengkapkan dengan brek cakera dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

BACA >>> Honda Perkenal Super Cub C125 ABS (2019), Siri Cub Paling Berkuasa – Harga RM14k

Bagaimanapun, model ini cuma untuk ditayangkan sempena KLIMS 2018, dan bukan untuk dijual di pasaran Malaysia. Dengan harga mencecah RM14,000-RM15,000 untuk pasaran Indonesia dan Thailand, ia pasti keputusan yang bijak buat Boon Siew Honda (BSH) untuk tidak membawa masuk model ikonik ini.

Jadi, cukuplah kita menatap dan bergambar saja dengan Super Cub C125 yang akan dipamerkan sepanjang KLIMS 2018, yang bermula hari ini hingga 2 Disember nanti. Kita baca dulu spesifikasi model ini:

HONDA SUPER CUB C125

JENIS: Horizontal 4-lejang tunggal
SESARAN: 125cc
SISTEM BAHAN API: EFI
PENYEJUKAN: Udara
TREN INJAP: SOHC, 2 injap
PENGHIDUP: Elektrik
TRANSMISI: Automatik4-kelajuan sentrifugal
SUSPENSI: Travel, fork tidak boleh laras 26mm, 3.5 inci (depan); Travel, absorber tidak boleh laras, 3.6 inci (belakang)
TAYAR: 70/90 x 17, IRC T-Spec NF63 (depan); 80/90 x 17, IRC NR94 (belakang)
BREK: Cakera hidraulik 220mm (depan); Dram mekanikal (belakang)
ABS: Standard, roda depan sahaja
KAPASITI BAHAN API: 3.78 liter
BERAT KERB: 108kg
WARNA: Pearl Niltava Blue (biru)

GALERI
Boon Siew Honda (BSH) BSH Honda honda cub Honda Super Cub C125 Kapcai KLIMS 2018 Moped Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Roda4
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.