• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Perkenal Super Cub C125 ABS (2019), Siri Cub Paling Berkuasa - Harga RM14k

Honda Perkenal Super Cub C125 ABS (2019), Siri Cub Paling Berkuasa - Harga RM14k

June 29, 2018 By Admin PanduLaju 25 Comments

7.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mendedahkan model baharu Super Cub C125 ABS (2019) versi enjin bersesaran terbesar di bawah famili Cub. Lebih 100 juta Super Cub sudah dihasilkan Honda sepanjang 60 tahun sejarah model tersebut, sekali gus menjadikan moped itu sebagai antara kenderaan paling berjaya di planet Bumi.

Versi terbaharu ini mudah dicam sebagai Cub berdasarkan gaya klasik dan ciri biasa seperti klac automatik sentrifugal. Namun, versi moden motosikal ini didatangkan dengan ciri terkini seperti lampu LED, suspensi travel panjang dan teknologi kunci pintar.

honda-super-cub-c125-7
honda-super-cub-c125-6
honda-super-cub-c125-5

Lebih istimewa, moped atau kapcai ini dipasangkan brek cakera di depan berserta Sistem Brek Anti Kunci (ABS).

Ketua Projek Besar Super Cub 125 ABS, Tadamasa Maeda berkata;

"Kami tahu pelanggan kami, lelaki atau perempuan, mengambil serius tentang gaya peribadi mereka dan kami mahu Super Cub C125 memperkayakan gaya hidup mereka.

"Rekabentuk tidak lekang dek zaman mengungkapkan nilai dan kesejagatan, dan kami menambah tahap prestasi baharu ke atas enjin, dan kemampuan pengendalian ke atas casis.

"Sama seperti dilakukan pengasas kami, kegembiraan terbesar kami ialah memainkan peranan positif dalam kehidupan seharian - dan juga memberikan senyuman besar pada wajah setiap pemilik Super Cub pada bila-bila masa dan di mana saja mereka menunggangnya."

SPESIFIKASI
Honda Super Cub C125 ABS (2019)

ENJIN

JENIS: Horizontal 4-lejang tunggal
SESARAN: 125cc
GEREK x LEJANG: 52.4 x 57.9mm
NISBAH MAMPATAN: 9.3:1
SISTEM BAHAN API: EFI
PENYEJUKAN: Udara
TREN INJAP: SOHC, dua injap
PENGHIDUP: Elektrik
TRANSMISI: 4-kelajuan
KLAC: Sentrifugal automatik

CASIS

FREM: Keluli Tekan
SUSPENSI: Travel, fork tidak boleh laras 26mm, 3.5 inci (depan); Travel, absorber tidak boleh laras, 3.6 inci (belakang)
TAYAR: 70/90 x 17, IRC T-Spec NF63 (depan); 80/90 x 17, IRC NR94 (belakang)
BREK: Cakera hidraulik 220mm (depan); Dram mekanikal (belakang)
ABS: Standard, roda depan sahaja

DIMENSI DAN KAPASITI

JARAK RODA: 1,242mm
RAKE: 26.5º
TRAIL: 71mm
TINGGI PELANA: 779mm
KAPASITI BAHAN API: 3.78 liter
BERAT KERB: 108kg

WARNA
Pearl Niltava Blue (biru)

HARGA
AS$3,599 (RM14,535)

honda-super-cub-c125
honda-super-cub-c125-4
honda-super-cub-c125-6
honda-super-cub-c125-3
honda-super-cub-c125-5
honda-super-cub-c125-7
honda-super-cub-c125-2

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

7.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, honda cub, Honda Super Cub C125, motosikal, roda2, Tadamasa Maeda

Comments

  1. hamim maryono says

    July 29, 2018 at 8:48 PM

    the motorcyle very high price
    i think this price rm8000.00 i give you cash no loan

    Reply
  2. Abdush syakoor says

    September 18, 2018 at 4:02 PM

    Bilakah model motor ini akan masuk malaysia,,harap akan masuk malaysia.

    Reply
    • George Tho says

      January 7, 2019 at 1:18 PM

      Bulan ni, i dengar

      Reply
      • zan says

        January 14, 2019 at 11:48 AM

        betul kah tuan..tlg2 info kedai mana jual..

        Reply
        • Sirozi says

          September 8, 2019 at 1:42 AM

          Dah bnyk kedai yg jual ...kalau boleh cri kedai yg besar ..kalau dah beli jom join group wasap c125 malaysia

          Reply
  3. Fahmi says

    September 21, 2018 at 10:50 AM

    Motor ini pada saya terlalu mahal harganya, minta pihak honda kurangkan lagi harganya super cub c125 dalam pasaran malaysia

    Reply
    • zan says

      January 14, 2019 at 11:47 AM

      ada sudah sampai ke malaysia ka?

      Reply
      • Sirozi says

        September 8, 2019 at 1:39 AM

        Ya kini sudah dimalaysia...harga pun dah makin naik...sebab limited

        Reply
    • Sirozi says

      September 8, 2019 at 1:40 AM

      Makin naik harganya harganya sekarang..ada kedai yg jual rm16k

      Reply
    • Sirozi says

      September 8, 2019 at 1:43 AM

      Hehe bukan lg kurang ...makin naik adalah harganya

      Reply
  4. mosalah says

    October 13, 2018 at 10:47 PM

    too expensive

    Reply
  5. art says

    October 14, 2018 at 11:17 AM

    need to remove the ABS n Smart key system to reduce the price for better market

    Reply
    • Sirozi says

      September 8, 2019 at 1:38 AM

      No abs in malaysia ..only smart key system

      Reply
  6. limks says

    October 21, 2018 at 3:51 PM

    single seater?

    Reply
    • Sirozi says

      September 8, 2019 at 1:44 AM

      Yess

      Reply
  7. Saad Abdullah says

    November 1, 2018 at 8:37 PM

    Tersangat cantik tapi kecewa kerana terlalu mahal

    Reply
  8. Dona Prianto says

    January 25, 2019 at 5:39 PM

    Cantik la motor ni. Harga pun berpatutan diharapkan kualiti pun sebaik dgn harga. Sy akan beli motor ni untuk koleksi

    Reply
    • Sirozi says

      September 8, 2019 at 1:36 AM

      Tuan dah beli ka moto super cub ni..??kalau dah beli jom join group whatsapp c125malaysia..

      Reply
  9. Zull says

    January 25, 2019 at 9:37 PM

    Minta Honda Malaysia buat 2 spec,full spec dan medium spec,medium spec harga dlm 8k dah kira ok.

    Reply
  10. Redxa says

    February 8, 2019 at 11:13 PM

    Any ideas where do they sell this bike in Kuala Lumpur?

    Reply
  11. Ravi says

    February 12, 2019 at 6:50 PM

    Its very expensive

    Reply
  12. Mohamed Razali says

    April 17, 2019 at 9:48 PM

    Too expensive especially to honda regular costumer...

    Reply
  13. matt says

    April 21, 2019 at 9:52 PM

    CBU japan atau CBu thailand?

    Reply
    • Sirozi says

      September 8, 2019 at 1:32 AM

      Cbu thai bosku

      Reply
  14. kamarul baharin bin md arifin says

    June 25, 2019 at 12:14 AM

    Honda super cub terbaik.Berbaloi dgn harga.Walaupun harga mahal kualitinya sangat baik.Sangat selesa memandu honda super cub jika di bandingkan dgn mana2 model cc 125..cara mengedalikannya sangat baik dan berkualiti.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my