Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KleinVision AirCar – Kereta Sport Terbang dari Slovakia yang Mampu Kembara 1,000km
Auto Terkini

KleinVision AirCar – Kereta Sport Terbang dari Slovakia yang Mampu Kembara 1,000km

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANYAK pengeluar automotif menyuarakan hasrat membina kereta terbang, tetapi siapa sangka syarikat dari Slovakia pula yang muncul lebih awal merealisasikan projek kenderaan atas jalan bersayap itu.

Dipanggil AirCar, prototaip dibangunkan KleinVision itu mengambil masa tiga minit untuk berubah bentuk daripada kereta kepada pesawat terbang. Malah firma itu mendakwa sudah pun melakukan ujian penerbangan setinggi 1,500 kaki (457 meter) di ruang udara Slovakia.

BACA >>> Toyota Labur Hampir RM1.63b untuk Projek Kereta Terbang dengan Syarikat AS

Dua ujian penerbangan yang dilakukan pada ketinggian itu di Lapangan Terbang Piestany minggu ini disahkan selamat. Berdasarkan video dikongsi, AirCar dilihat dipandu atas laluan landasan terbang dan berhenti sebelum sayap dikeluarkan dan berlepas ke udara.

AirCar ialah prototaip kelima KleinVision yang mendakwa kereta terbang itu sesuai digunakan untuk pemanduan atau penerbangan santai dan peribadi, atau dijadikan perkhidmatan teksi komersial. Setakat ini, tiada harga diumumkan.

Jarak pengembaraan mampu dibuat kereta terbang itu sejauh 1,000km yang dijangka memulakan pemanduan dan penerbangan pertama tahun depan.

SIAPA SEBALIK AIRCAR?

Individu sebalik rekabentuk AirCar ialah Profesor Stefan Klein (foto atas). Antara cabaran membina prototaip tersebut ialah berat kenderaan. Ini kerana sesebuah kereta itu boleh jadi berat, sebaliknya pesawat terbang pula perlu ringan. Jadi, soal keseimbangan menjadi cabaran buat Klein dan pasukan.

Kereta terbang 2-kerusi itu mempunyai berat 1.1 tan dan mampu membawa muatan tambahan 200kg untuk setiap penerbangan. Trenkuasa dijana enjin BMW 1.6L berkuasa 140hp.

Menurut Klein, kereta terbang ini memerlukan jarak sekurang-kurangnya 300 meter untuk berlepas dan mencapai kelajuan hingga 199kmj. Ia  memiliki sepasang sayap boleh lipat dan propeler di belakang.

Sayap tersebut akan dilipat dua sebelum dimasukkan automatik pada sisi kereta sebelum dipandu seperti biasa atas jalan raya. Spoiler belakang juga akan dipanjangkan untuk penerbangan. Dimensi juga sangat kompak yang membolehkan ia diparkir normal tanpa masalah.

“Proses mekanikal sayap dan ekor dibuka atau disimpan memang sangat menarik, mengubah automobil menjadi pesawat terbang,” kata mantan pakar Boeing, Dr Branko Sarh.

KleinVision menyatakan, AirCar sesuai untuk mana-mana juruterbang dan tidak memerlukan latihan khas. Firma itu juga mengesahkan ada seorang pembeli berminat memiliki AirCar sebaik saja ia melepasi semua ujian.

BACA >>> Anak Muda Jadi Juruterbang Dron Sembur Racun, Raih Pendapatan RM5k Sebulan

SUMBER: DailyMail

Air Car AirCar Auto Terkini Kereta Terbang KleinVision KleinVision AirCar Pesawat Terbang Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.