• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Labur Hampir RM1.63b untuk Projek Kereta Terbang dengan Syarikat AS

Toyota Labur Hampir RM1.63b untuk Projek Kereta Terbang dengan Syarikat AS

January 22, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Motor Corporation (Toyota) mengesahkan akan melabur hampir AS$400 juta (RM1.63 bilion) dalam pembangunan perkhidmatan teksi udara elektrik.

Projek pembangunan itu membabitkan pelaburan dalam syarikat Joby Aviation yang berpangkalan di Santa Cruz, California di Amerika Syarikat (AS) untuk meneroka beberapa sektor baharu dalam industri automotif.

Presiden Toyota, Akio Toyoda berkata, Toyota merancang bergerak daripada pengeluar kereta kepada firma mobiliti. Toyota baru-baru ini membentangkan pelan pembinaan bandar masa depan berteknologi tinggi, dipanggil Bandar Woven di kaki Gunung Fiji, Jepun.

BACA >>> Toyota Mahu Bina Bandar Masa Depan di Kaki Gunung Fuji Tahun Depan

Mengikut perancangan, Joby Aviation akan berkongsi kepakaran mengenai teknologi elektrik pelepasan dan pendaratan vertikal (eVOLT). Toyota pula akan terbabit dalam pengetahuan pengeluaran, dan aspek kualiti dan kawalan kos untuk pembangunan dan pengeluaran pesawat masa depan Joby Aviation.

Naib Presiden Toyota, Shigeki Tomoyama akan menyertai barisan ahli lembaga pengarah Joby Aviation dan memainkan peranan aktif dalam penetapan strategi.

BACA >>> RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!

Joby Aviation Logo
toyota-logo

Joby Aviation pernah bekerjasama dengan syarikat e-hailing, Uber untuk membangunkan 'perkhidmatan teksi udara urban'. Toyota pula pernah meneroka bidang kenderaan terbang dengan syarikat lain menerusi pelaburan dalam projek syarikat Jepun, SkyDrive untuk pembangunan kereta terbang paling kecil dunia.

Ditubuhkan pada 2009, Joby Aviation giat membangunkan pesawat penumpang elektrik yang mampu berlepas dan mendarat seperti helikopter menerusi penggunaan beberapa rotor. Projek itu turut menarik minat syarikat luar seperti Intel Capital, JetBlue Technology Ventures dan Toyota AI Ventures.

Faktanya, Toyota bukan pengeluar automotif pertama mahu terbang. Hyundai kini sedang menghasilkan model konsep teksi terbang bersama Uber dengan mengupah jurutera NASA untuk mengendalikan divisyen kereta terbang. Geely dan Daimler pula melabur dalam Volocopter, manakala Rolls-Royce ada model konsep eVTOL.

BACA >>> Kereta Terbang: Bukan yang Empat Propeler, Tapi Lapan Kipas?

SUMBER: Engadget | TechCrunch | JapanToday

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akio Toyoda, auto terkini, Joby Aviation, Kereta Terbang, Shigeki Tomoyama, SkyDrive, teksi udara, Toyota, Toyota Motor Corporation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my