Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV
Pandu Uji

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

Han OthmanBy Han Othman08/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 HEV Fuel Efficiency Challenge 2025 dalam aksi final dari Kuala Lumpur ke Belum Rainforest Resort di Perak dengan memilih 12 peserta terbaik daripada pusingan terdahulu.

Cabarannya mudah saja, iaitu pemandu perlu memandu sejimat mungkin petrol sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 320km.

Semua peserta terlebih dahulu mengisi minyak di stesen sama sebelum tangki ditampal pelekat dan cabaran bermula. Selepas itu, masing-masing bebas memilih laluan sendiri asalkan tidak berhenti mengisi minyak semula.

Setiap kenderaan juga diwajibkan tiba di pusat pemeriksaan akhir di Petronas Gerik sebelum jam 5 petang dan tiada pemanduan melampau perlahan dibenarkan.

Tiba di Petronas Gerik, setiap kenderaan akan diisi petrol dengan cara tiga kali klik apabila minyak penuh. Jumlah petrol yang diperlukan untuk mengisi semula menentukan kadar penggunaan sebenar, dan kereta dengan penggunaan paling rendah akan dipilih sebagai juara.

SEMUA TIDAK BALIK TANGAN KOSONG!

Menarik dalam cabaran akhir ini, semua peserta tidak pulang tangan kosong dengan lapan peserta menerima kad petrol prabayar sebagai saguhati, manakala empat peserta terbaik (termasuk dua peserta berkongsi tempat kedua), membawa pulang baucar percutian.

Tan Cheng Yang meraih tempat ketiga dengan purata penggunaan petrol 4.2 liter per 100km untuk baucar percutian bernilai RM1,500. Wong Chia Lynn dan Muhammad Hazlan pula berkongsi tempat kedua dengan purata penggunaan petrol 4.1 liter per 100km yang masing-masing menerima baucar bernilai RM3,000.

Akhir sekali, juara cabaran ini jatuh kepada Yogeswaran Ramakrishnan yang mencatat penggunaan hanya 3.9 liter per 100km!

Yogeswaran, 36, ketika ditemu bual PanduLaju berkata, dia baru saja memiliki Haval H6 HEV kira-kira tiga minggu sebelum cabaran berkenaan.

Kakitangan Kerajaan asal dari Ipoh itu turut berkongsi cara pemanduan yang membolehkan dia meraih juara dalam cabaran akhir tersebut.

Saya tidak guna jalan biasa. Dari Kiara Bay (lokasi bermula), saya ikut Lebuhraya LATAR dan kemudian masuk Lebuhraya PLUS sampailah susur keluar Kuala Kangsar dan ke Gerik hingga sampai ke Belum Resort. Sepanjang perjalanan saya berhenti rehat tiga kali.

Yogeswaran juga memberitahu menggunakan fungsi biasa ketika memandu seperti menghidupkan penyaman udara.

Selaian penyaman udara, saya juga aktifkan ciri e-pedal dan gunakan mod Eco. Kelajuan memandu pula saya kekalkan antara 60kmj hingga 80kmj, dan sesekali 90kmj untuk memotong.

Yogeswaran turut bekongsi pengalaman menjadi pemilik GWM Haval H6 HEV.

Haval H6 HEV ini memang selesa. Saya suka dengan sistem transmisi DHT yang direka untuk kelancaran pemanduan jarak jauh dan dekat. Saya juga suka dengan penjimatan minyak ditawarkan. Memang jimat kalau dibandingkan kereta lama (model Jepun) saya sebelum ini.”

GWM Haval H6 HEV GWM Malaysia Haval H6 HEV Fuel Efficiency Challenge 2025 Pandu uji Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.