Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kinto One – Program Langganan Kereta Toyota, Lexus dengan Perlindungan Takaful
Auto Terkini

Kinto One – Program Langganan Kereta Toyota, Lexus dengan Perlindungan Takaful

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KINTO One
kini rasmi berada di Malaysia, iaitu program langganan kenderaan yang ditawarkan di banyak negara dunia membabitkan rantau Amerika Utara, Asia dan Eropah. Program ini dibawakan Toyota Capital Malaysia yang bercirikan Islamik sebagai pilihan terbaharu buat pelanggan tempatan.

Kinto One berasal daripada perkataan Jepun, iaitu ‘kinto-un’, bermaksud ‘flying nimbus’ atau ‘awan terbang’ yang mewakili imej masa depan mobiliti. Program ini ialah medium baharu kepada pelanggan untuk memiliki kenderaan tanpa perlu dibebani kaedah tradisional pembelian sewa-beli kenderaan.

Contoh langganan Toyota Yaris untuk pemilikan individu.

Pelanggan hanya perlu bayar ansuran bulanan tetap dan bayaran itu sudah meliputi kos pendaftaran, insurans dan cukai jalan, servis berkala, penyenggaraan haus dan lusuh (wear and tear), dan perkhidmatan rencam (seperti servis pikap dan hantar). Kos servis berkala dan penyenggaraan pula adalah termasuk minyak enjin, kos buruh, tayar dan bateri (sekadar beberapa contoh).

Kesimpulannya, cuma perlu bayar bulan dan terus pandu saja. Tak payah fikir pasal kos servis lagi.

Tempoh langganan program ini disediakan dalam tempoh dua atau tiga tahun. Apabila tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan itu kepada Toyota Malaysia.

Pelanggan Kinta One juga  tidak perlu risau kerana semua servis diperlukan itu dikendalikan sepenuhnya wakil pengedar sah Toyota. Jadi, semua alat ganti yang diguna pakai dijamin tulen. Menariknya, pelanggan juga mendapat perlindungan insurans takaful komprehensif dengan bantuan kecemasan 24 jam.

Jika berminat anda boleh layari laman web kinto-my.com dan membuat permohonan secara atas talian. Antara model ditawarkan ialah Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry. Ada banyak lagi model lain akan disenaraikan kelak, termasuk daripada Lexus.

BACA >>> Toyota Fortuner (2021) dengan TSS Buka Tempahan, Harga Mula RM172k
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020

autoterkini Kinta One Lexus Program Langganan Kereta Roda4 Toyota Toyota Capital Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.