Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Concept EV5 (2023), SUV Elektrik Selepas EV9 yang Kekal dengan Gaya Kotak!
Roda4

Kia Concept EV5 (2023), SUV Elektrik Selepas EV9 yang Kekal dengan Gaya Kotak!

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RUPANYA ada lagi buah tangan daripada Kia selepas melancarkan kenderaan utiliti sukan elektrik (SUV) EV9.

Kia Concept EV5 diperkenalkan pada Hari Kia EV China dan bakal dijual di republik komunis itu dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Sama seperti EV9, Kia Concept EV5 membawa falsafah rekabentuk Opposites United dan Bold for Nature dengan rekabentuk kedua-dua model itu seperti kembar dengan EV5 nampak lebih pendek dengan dua baris tempat duduk.

Bahagian depan Kia Concept EV5 menonjolkan bentuk Digital Tiger Face dan masih lagi membawa elemen hidung harimau (tiger nose) yang terkenal dan sebati dengan Kia.

Identiti baharu itu disepadukan dengan teknologi pencahayaan signatur Star Map yang sekali lagi dibawa daripada EV9. Bahagian tepi seperti pintu dan fender nampak berbeza daripada EV9, tetapi masih lagi sebuah konsep sebelum model pengeluaran diperkenal kepada umum. Bahagian roda diisi rim 21 inci dengan corak unik.

Bahagian belakang nampak menarik dan bergaya dengan bentangan lampu yang dipisahkan logo Kia. Menjengah ruang dalaman, Kia Concept EV5 tampil kemas dan ringkas seperti EV9 dan juga mempunyai kerusi boleh pusing.

Tidak pasti sama ada bakal digunakan pada model pengeluaran, tetapi kerusi baris kedua EV9 boleh dipusing menghadap pintu. Satu lagi ciri menarik ialah bumbung panoramik yang juga berfungsi sebagai panel solar.

Sebagai EV, Kia menggunakan bahan lestari dalam kereta seperti ekstrak rumpai laut dan botol PET kitar semula pada kerusi, pintu, papan pemuka dan pelapik bumbung.

Mengenai trenkuasa, Kia belum mendedahkannya dan boleh dijangka Kia Concept EV5 dibina berasaskan platform E-GMP seperti model elektrik Kia lain.

BACA >>> Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)
BACA >>> Kia Carens Baharu Raih Anugerah Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023!
BACA >>> Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran

Auto Terkini Bold for Nature Digital Tiger Face Kia Kia EV5 Opposites United Roda4 SUV Elektrik SUV EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.