Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Cipta Transmisi Manual Pintar (iMT), Alternatif Baharu Buat Peminat Kereta Manual
Auto Terkini

Kia Cipta Transmisi Manual Pintar (iMT), Alternatif Baharu Buat Peminat Kereta Manual

Han OthmanBy Han Othman20/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Rio EcoDynamic (2021) akan menjadi model pertama dilengkapi transmisi manual pintar (iMT) yang dihasilkan untuk enjin kenderaan hibrid-ringan (MHEV).

Sistem ‘clutch-by-wire’ itu dibina untuk menambah baik kecekapan bahan api dan mengurangkan emisi karbon dioksida (CO2), serta pada masa sama cuba menghubungkan pemandu dengan ciri transmisi manual konvensional.

BACA >>> Kia Tunjuk Foto Acah Carnival Generasi Keempat Baharu dengan Gaya Ala Sorento

Berbanding sistem tradisional yang dipautkan secara mekanikal dan menggunakan tekanan hidraulik, klac iMT beroperasi secara elektronik penuh dan dipadankan selancarnya dengan trenkuasa hibrid ringan 48V. iMT bekerja dengan generator penghidup hibrid-ringan (mild-hybrid starter-generator, MHSG) untuk mematikan enjin lebih awal berbanding sistem mula-henti (start-stop) apabila berhenti.

BACA >>> Kia Picanto Facelift Spesifikasi Eropah Tawar Enjin 1.0L Turbo, NA dengan Transmisi AMT

Gear dipilih kekal terhubung walaupun enjin dimatikan, dan enjin dihidupkan semula dalam gear sama mengikut respon pemandu sama ada menekan pedal brek atau pedal minyak. Terima kasih kepada ledakan kuasa diberikan MHSG.

Transmisi akan menghidupkan semula enjin dalam neutral (dengan klac terbuka) jika pemandu menekan pedal klac untuk menukar gear, atau jika kelajuan kenderaan terlalu perlahan untuk gear yang sedang digunakan.

Menurut Kia, iMT akan menambah baik keseluruhan kecekapan bahan api dan mengurangkan CO2 sebanyak 3 peratus dalam kondisi masa sebenar.

Berikut cara klac iMT Kia bekerja:

  • Jika kereta dalam gear ketika mula hendak bergerak, ia akan memperlahankan kenderaan.
  • Apabila dalam gear, iMT akan menghantar isyarat elektronik kepada kotak gear  dan MHSG untuk mematikan enjin dan membuka klac.
  • Dengan enjin dimatikan, dan transmisi dinyahsambung dengan klac terbuka, ini membolehkan kereta terus bergerak dengan tenaga kinetik.
  • Apabila pemandu menekan pedal minyak untuk memecut, atau menekal pedal klac untuk menukar gear, MHSG akan menghidupkan semula enjin dalam gear dipilih pemandu, atau dalam neutral (dengan klac terbuka).
  • Kuasa elektrik daripada MHSG dan bateri 48V memberikan enjin dan transmisi dengan kelajuan tepat pada kadar segera.
  • Jika kereta perlahan di bawah halaju tertentu, misalnya terlalu perlahan untuk posisi gear tertentu, enjin akan dihidupkan semula dengan bantuan daripada sistem hibrid-ringan, dan klac pula ditutup bagi mengelak membebankan enjin dalam gear tersebut.

Memang sukar membayangkan cara iMT bekerja tanpa persembahan visual. Namun Kia mendakwa sistem transmisi baharu itu akan mengekalkan operasi dan respon pemandu yang sama seperti transmisi manual konvensional.  Teknologi baharu Kia itu pasti menjadi berita baik buat pemandu manual, terutama pengguna di Eropah yang masih seronok memandu kereta dengan gear manual.

Ini kerana setiap operasi gear masih memerlukan tindak balas pemandu seperti menekan pedal klac dan menukar gear, sama seperti transmisi manual biasa.

Model Kia dengan klac iMT akan diperkenalkan pada Kia Rio EcoDynamics+ (2020) yang dijangka lancar di Eropah pada penggal ketiga tahun ini dengan enjin hibrid ringan baharu jenis petrol 1.0L T-GDi. Sistem itu kemudian akan dipadankan dengan model Kia lain bersama barisan enjin baharu dan trenkuasa MHEV.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?

GALERI

SUMBER: ZingNews.vn

Auto Terkini autotainment Clutch-by-Wire Hibrid Ringan Kenderaan Hibrid-Ringan (MHEV) Kia kotak gear Kotak Gear Elektronik Kia transmisi Transmisi Manual Pintar (iMT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
Auto Terkini

RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

08/06/2026
Roda4

Suzuki Perkukuh Barisan SUV Malaysia, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

08/06/2026
Roda4

Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

08/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.