Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»Ketahui 4 Faktor Kejayaan Perodua Myvi
Pandu Uji

Ketahui 4 Faktor Kejayaan Perodua Myvi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/20151 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1270644RAMAI tertanya kepada saya apakah faktor kejayaan utama sehingga mampu menjadikan Perodua Myvi sebagai model terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.

Jawapan saya mudah, mereka sentiasa menitikberatkan aspek kualiti. Pada pandangan saya, ada empat sebab utama mengapa Perodua mampu kekal cemerlang sehingga ke hari ini.

P1270616    P1270629

1.) MAMPU MILIK

Pada pandangan saya, Perodua sentiasa memastikan harga yang ditawarkan adalah mampu milik. Sebagai contohnya, model Perodua facelift yang dilancarkan awal tahun ini. Bukan saja menerima penambahbaikan, malah Perodua tidak menaikkan harga sebaliknya berjaya mengurangkan harga selain memberikan peningkatan ciri bernilai RM4,500.

2.) BERKUALITI

Tidak dinafikan Perodua sangat menitikberatkan aspek kualiti. Tipulah kalau saya katakan kereta Perodua 100 peratus ‘Perfect’. Namun, agak jarang kita dengar kenderaan Perodua sering menghadapi masalah kualiti. Kalau ada pun ia dapat diselesaikan tanpa perlu berulang kali. Kalau tak, mungkinkah Perodua Myvi berjaya merangkul sebagai model terlaris selama sembilan tahun berturut-turut? Anda nilaikan sendiri.

3.) NILAI KERETA TERPAKAI

Salah satu kejayaan Perodua adalah berkaitan dengan kadar nilai kereta terpakai yang masih tinggi. Jika anda mahu jual, ia tetap laku tidak kira transmisi manual mahupun automatik.

4.) PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

Aspek ini sangat penting bagi mana-mana pengeluar kereta. Jika perkhidmatan selepas jualan teruk, kereta sebagus manapun pasti ‘hancur’. Perkhidmatan selepas jualan adalah perkara paling penting bagi menunjukkan hala tuju sesebuah jenama itu.

Bagi Perodua, saya melihat ia cukup komited memastikan kenderaannya sentiasa berada dalam kondisi baik. Untuk makluman, saya memliki dua unit model Myvi. Saya akui perkhidmtan selepas jualan Perodua cukup baik dan konsisten.

P1270635Bercerita perihal Myvi facelift yang dilancarkan Januari lalu, ia ditawarkan dengan penggunaan enjin bersesaran 1.3L dan 1,5L. Bagi Myvi 1.3L, ia didapati dalam dua varian iaitu Standard G dan Premium X. Manakala Myvi 1,5 pula ditawarkan dalam varian Special Edition (SE) dan Advance.

Lebih mengagumkan, lebih daripada 800,000 unit Perodua Myvi sudah berjaya dijual sejak ia diperkenalkan pada 2005.

Berbanding versi terdahulu, Myvi facelift ini menawarkan penampilan lebih segar termasuk peningkatan ciri keselamatan yang memberi nilai tambah kepada pengguna. Dari aspek mekanikal pula, ia masih mengekalkan enjin sedia ada.

Sepanjang saya memandu uji Perodua Myvi 1.5 Advance, berikut adalah beberapa ringkasan terhadap model ini.

P1270624REKAAN LUARAN

  • Kehadiran bampar baharu tampak sporty.
  • Lampu depan projektor dan lampu belakang LED.
  • Hendal pintu warna krom.
  • Rim baharu (Rekaan Spiral)

P1270680DALAMAN

  • Radio skrin sesentuh baharu dengan kamera undur
  • Meter dengan pelbagai informasi pemanduan.
  • Kerusi dibaluti kulit.
  • Tempat letak cawan pada bahagian corong penghawa dingin.
  • Tempat letak tisu pada tempat duduk belakang.
  • Penyangkut anti-kecurian.

P1270652KESELAMATAN

  • Mendapat pengiktirafan 4-bintang daripada ASEAN NCAP (dicapai menerusi penambahbaikan struktur kenderaan)
  • Hadir bersama ciri keselamatan standard yang dipertingkatkan (ABS, EBD, BA dan ISOFIX) bernilai RM3,800
  • 4-bintang ASEAN NCAP
  • Sensor keselamatan pada bahagian depan dan belakang.
  • Penapis haba keselamatan.

Perodua Myvi 1.5 Advance di jual pada harga RM58,900. Dengan penambahan warna baharu iaitu biru, ia turut menawarkan  jaminan selama lima tahun atau 150,000km had perbatuan (mana tiba dahulu).

Secara peribadi, Perodua Myvi boleh dianggap sebagai kereta pilihan ramai terutamanya bagi mereka yang masih belum memiliki kenderaan. Biarpun terpaksa bersaing hebat dengan pesaingnya iaitu Proton Iriz, saya yakin ia mampu mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris. Namun, perlu bekerja lebih keras memandangkan ciri ditawarkan oleh pesaingnya adalah lebih baik.

Perodua Myvi
Perodua Myvi
Datuk Aminar Rashid Salleh Mampu milik Pandu Uji Perodua Myvi Pandu uji Proton Iriz Perodua Perodua Myvi 1.5 Advance
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jualan Perodua
    Auto Terkini

    Jualan Perodua Cecah Hampir 50k Unit dalam Dua Bulan 2026

    12/03/2026
    0
    ApaNakBuat

    Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

    26/02/2026
    Jualan Perodua
    Auto Terkini

    Perodua Jangka TIV 2025 Cecah 820,000 Unit!

    14/01/2026
    Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
    Auto Terkini

    10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

    13/01/2026

    1 Comment

    1. Shah Perodua on 29/06/2017 20:05

      Myvi memang terbaik!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.