Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta ‘Total Lost’, Saya Masih Selamat – Pemilik Proton Preve Cerita Detik Cemas Kereta Berpusing dan Terbalik
Auto Terkini

Kereta ‘Total Lost’, Saya Masih Selamat – Pemilik Proton Preve Cerita Detik Cemas Kereta Berpusing dan Terbalik

Abang GYLBy Abang GYL01/01/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SAYA tak sempat buat apa-apa. Semua berlaku sangat pantas, kereta terbalik dan berpusing-pusing sebelum terbabas.

“Lebih terkejut tengok keadaan kereta (PROTON Preve) sangat teruk (total lost). Macam tak percaya saya masih selamat. Syukur tak apa-apa, cuma cedera ringan,” begitulah luahan Joe Fernandez Vensen ketika bercerita saat cemas ketika terbabit dalam kemalangan yang berlaku hujung tahun lalu.

Susulan gambar viral PROTON Preve kemalangan teruk, tetapi semua penumpang di dalamnya selamat yang tersebar minggu lalu, PanduLaju mengambil inisiatif menghubungi pemilik kereta tersebut bagi mendapatkan cerita sebenar mengenai insiden yang berlaku.

Menurut Joe Fernandez, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Semasa memandu di lorong ketiga, sebuah lori yang berada di lorong kedua secara tiba-tiba menukar lorong dan memasuki laluannya.

Akibat terkejut, keretanya hilang kawalan lalu berpusing dan terbalik beberapa kali sebelum terbabas. Tambah Joe Fernandez, ketika itu dia memandu pada kelajuan 190kmj.

Proton Preve Selamat (1)
Mengakui mengalami trauma akibat kejadian berkenaan, apa yang lebih mengejutkan ialah dia dan isteri hanya cedera ringan. Joe Fernandez berkata, dia sangat bertuah kerana PROTON Preve yang dipandunya ada ciri keselamatan terbaik.

“Preve memang terbaik. Walaupun sudah pusing dan terbalik berkali-kali, kereta ini memang kuat. Kalau tidak, mungkin nyawa saya sudah melayang.

“Selepas kemalangan, saya nekad beli Preve juga sebab percaya dengan ciri keselamatan kereta tersebut. Bukan mahu memuji, tetapi itulah hakikatnya. Lihatlah sendiri apa sudah jadi pada kereta saya. Apapun ajal maut di tangan Tuhan,” katanya lagi.

Kemalangan Proton Preve preve Proton Preve Viral
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026

    1 Comment

    1. Mirza on 04/10/2016 17:23

      Laluan area pagoh sampailah ke ayer keroh ada 2 lane je. Tak ada 3 lane melainkan kira skali lane kecemasan tu.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.