Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Terbang: Bukan yang Empat Propeler, Tapi Lapan Kipas?
Auto Terkini

Kereta Terbang: Bukan yang Empat Propeler, Tapi Lapan Kipas?

Han OthmanBy Han Othman19/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RUPA-rupanya kereta terbang yang mahu diuji Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada Khamis ini ialah produk ciptaan kerjasama pengeluar tempatan dan China.

Dipetik BHarian, model dipanggil Super Dron itu menggunakan teknologi Kepintaran Buatan (AI) yang dikatakan bakal menjadi revolusi pengangkutan udara pertama dunia

Super Dron adalah projek usahasama melibatkan pengeluar tempatan, EastCap Bhd dan dua syarikat China, EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited berupa kerjasama strategik dalam pemasaran, operasi dan perkhidmatan, termasuk penyelenggaraan kenderaan itu di Malaysia.

EastCap Bhd ialah syarikat tempatan yang diterajui Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari. Struktur Super Dron juga tidak sama dengan kereta terbang yang sebelum ini dikhabarkan dibangunkan menggunakan kepakaran tempatan.

BACA >>> Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

KOMEN KAMI

Mati-mati kami ingat kereta terbang yang akan diuji Khamis ini ialah prototaip Vector yang pernah didedahkan Mac tahun ini sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) ke-15.

Vector itu adalah projek ‘kereta terbang’ tempatan yang dibangunkan Aerodyne Group dan sepatutnya sudah siap diperkenalkan Jun tahun ini dengan rekabentuk empat propeler (lihat gambar atas).

Namun, berita terbaharu ini pula mendedahkan syarikat lain pula terlibat dalam projek ‘kereta terbang’ itu, iaitu EastCap Bhd dan bukan Aerodyne. Malah, tular beberapa keping gambar di laman Twitter yang didakwa sebagai kereta terbang yang akan diuji Khamis ini.

Ia kenderaan dengan kapasiti dua kerusi dan lapan bilah kipas (lihat pula gambar bawah), bukan empat propeler. Apa sudah jadi? Tak betul kot. Pening pula kami nak fikir. Panadol mana panadol?

BACA >>> Menteri: ‘Kereta Terbang’ Sudah 85 Peratus Siap

Auto Terkini Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari EastCap Bhd EHang Intelligent Equipment Strong Rich Holdings Limited Super Dron
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026

1 Comment

  1. Arie on 21/11/2019 12:01

    Tu yang ada MP melalak kat Parlimen… menyalak aja tak tentu pasal

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.