Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Remuk Teruk, Alhamdulillah Saya Masih Selamat – Pemilik Proton Iriz Cerita Detik Cemas Dihempap Pokok
Auto Terkini

Kereta Remuk Teruk, Alhamdulillah Saya Masih Selamat – Pemilik Proton Iriz Cerita Detik Cemas Dihempap Pokok

Abang GYLBy Abang GYL13/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

proton iriz“KEJADIAN berlaku terlalu pantas, tiba-tiba saya perasan sebatang pokok tumbang menghempap kereta.

“Nasib baik saya sempat tundukkan kepala ke tepi. Jika tidak mungkin kepala sudah pecah. Alhamdulillah, saya masih dipanjangkan umur. Rasa macam tidak percaya perkara ini terjadi pada diri sendiri.

“Tak dinafikan, kekuatan rangka Proton Iriz turut jadi salah satu faktor saya masih mampu bernafas,” begitulah luahan Kapten Mohd Razi Abdul Rashid apabila berkongsi cerita saat cemas keretanya dihempap pokok, Isnin lalu.

Susulan kisah viral mengenai Mohd Razi, 28, yang sedang memandu Proton Iriz dan dihempap pokok, Isnin lalu, PanduLaju mengambil inisiatif menghubungi pemilik kereta tersebut bagi mendapatkan cerita sebenar mengenai insiden yang berlaku.

mohd raziTERSEPIT HAMPIR 40 MINIT

Menurut Mohd Razi, kejadian berlaku sekitar jam 2:50 petang dan ketika itu hujan lebat.

Sewaktu menuju ke kawasan parkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), tiba-tiba pokok tumbang lalu menghempap keretanya lantas menyebabkan Proton Iriz yang dinaikinya remuk teruk.

Mohd Razi (dua dari kiri) berkhidmat sebagai tenaga pengajar penerbangan di LIA
Mohd Razi (dua dari kiri) berkhidmat sebagai tenaga pengajar penerbangan di LIA
mohd razi

“Pokok tumbang itu menghempap bahagian papan pemuka dan stereng hingga kaki saya tersepit hampir 40 minit.

“Lebih mengejutkan, saya hanya cedera ringan. Jika lihat keadaan kereta, pasti ramai tak percaya.

“Selepas kejadian ini, baru saya tahu rupanya kerangka Proton Iriz ini cukup kuat dan sememangnya kenderaan Proton kini sudah semakin selamat,” kata Mohd Razi lagi yang juga tenaga pengajar penerbangan di LIA.

proton irizBUKAN KEJADIAN PERTAMA

Mengakui mengalami trauma akibat kejadian itu, Mohd Razi berharap pihak pengurusan LIA dapat mengambil tindakan segera dengan menebang pokok-pokok besar sekitar kawasan parkir di situ.

Tambahnya lagi, kejadian menimpanya itu bukan kali pertama berlaku. Hujung minggu lalu baru saja berlaku kejadian yang sama.

“Boleh dikatakan kerap juga kejadian macam ini berlaku. Saya harap pihak LIA dapat ambil tindakan sewajarnya demi keselamatan orang ramai.

“Jangan sampai ada kehilangan nyawa baru nak ambil tindakan. Itu sudah terlambat,” keluh Mohd Razi.

GALERI

Mohd Razi (dua dari kiri) berkhidmat sebagai tenaga pengajar penerbangan di LIA
proton iriz
proton iriz
proton iriz
mohd razi
mohd razi
proton iriz
proton iriz
proton iriz
Kapten Mohd Razi Abdul Rashid Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi LIA Mohd Razi Abdul Rashid pemandu proton iriz Proton Iriz Viral viral proton iriz
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.