Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Nasional Bantu Lonjak Jualan Kenderaan Separuh Pertama 2023 – MAA
Auto Terkini

Kereta Nasional Bantu Lonjak Jualan Kenderaan Separuh Pertama 2023 – MAA

Han OthmanBy Han Othman21/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUALAN kenderaan bermotor baharu berkembang kukuh pada penggal pertama 2023 dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) meningkat 10.3 peratus kepada 366,037 unit daripada 331,746 unit yang dicatatkan pada tempoh masa sama tahun lalu, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, pasaran kenderaan baharu bukan saja pulih kembali, tetapi mengatasi paras seperti sebelum pandemik, melantun semula dengan kukuh tahun lalu dan sekali lagi sepanjang tempoh penggal pertama 2023.

Menurutnya, industri berupaya mengekalkan trajektori pertumbuhan separuh pertama 2023 kerana didorong pemenuhan tempahan diterima ketika tempoh pengecualian cukai jualan PENJANA tahun lalu, yang majoriti didaftarkan sebelum 31 Mac 2023.

Jualan kenderaan penumpang baharu meningkat 11.2 peratus kepada 326,661 unit pada separuh pertama 2023, manakala kenderaan komersial baharu naik 3.6 peratus kepada 39,376 unit,” kata Mohd Shamsor.

Berdasarkan petunjuk positif itu, MAA juga menyemak semula unjuran TIV 2023 kepada 725,000 unit daripada 650,000 unit sebelum ini.

Semakan semula meningkat itu turut mendapat rangsangan daripada usaha strategi promosi agresif berterusan daripada hli MAA selain perkhidmatan tokokan nilai disediakan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, menambah baik lagi persekitaran rantaian bekalan industri automotif dan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus ketika Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Mei 2023.

Bagi tempoh lima tahun akan datang hingga 2027, TIV dijangka kekal melepasi paras 700,000 unit.

Jualan kukuh kedua-dua jenama nasional banyak menyumbang kepada TIV lebih tinggi pada separuh pertama 2023. Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan kereta nasional berjumlah 220,702 unit, meningkat 19 peratus tahun ke tahun.

“Sebaliknya, jualan kenderaan penumpang bukan nasional turun 3.0 peratus kepada 105,959 unit.

“Susulan itu, jenama nasional kini membentuk kira-kira 68 peratus daripada jumlah bahagian pasaran kenderaan penumpang semasa separuh pertama 2023.

Pada tempoh Separuh Pertama 2022, bahagian buatan nasional berjumlah kira-kira 63 peratus daripada jumlah pasaran kenderaan penumpang,” katanya.

SUMBER: Bernama

1.6 Executive MT Auto Terkini Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) Mohd. Shamsor Mohd. Zain Penjana Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.