Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Meletup Selepas Sembur Pewangi dan Nyala Rokok dalam Kereta
Auto Terkini

Kereta Meletup Selepas Sembur Pewangi dan Nyala Rokok dalam Kereta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG lelaki di Britain parah pada bahagian muka dan tangan akibat terbakar apabila kereta dipandunya meletup gara-gara menyembur pewangi kereta dan kemudian menyalakan rokok.

Mangsa, Carl Fisher, 29, menyembur minyak wangi yang baru dibelinya, berharga £7.99 (RM42.80). Selepas 10 minit, dia menyalakan pula sebatang rokok Benson & Hedges. Tidak lama kemudian kereta mangsa meletup kuat di Halifax, Yorkshire Barat.

BACA >>> #Videotomotif: Tidak Hujan, Tidak Ribut, Motosikal Elektrik Ini Tiba-Tiba Terbakar

Impak letupan tersebut menyebabkan cermin depan keretanya terpelanting, dan pintu kereta remuk, termasuk memecahkan tingkap bangunan pejabat di lokasi berkenaan. Fisher (foto atas kiri) yang cedera terpaksa memanjat keluar melalui tingkap kereta jenis Seat berwarna hitam.

Dia kemudian dibawa ambulans ke Hospital Diraja Huddersfield sebelum dimasukkan ke wad khas kebakaran. Menurut Fisher kepada The Sun:

Aku patut dah mati. Aku memandu sambil bawa bom yang sedia meletup. Aku tak sedar pun pasal tu sampailah aku on rokok Benson dan meletup.”

Jabatan Bomba dan Penyelamat Yorkshire Barat mendakwa insiden dramatik itu berpunca akibat penggunaan pewangi kereta secara berlebihan, manakala  menurut polis pula, letupan berpunca akibat nyalaan rokok. Insiden itu juga menyebabkan kawasan sekitar Fountain Street terpaksan ditutup selepas jam 3 pagi.

“Pemilik kereta cukup bernasib baik kerana cedera ringan, ia sebenarnya boleh jadi lebih parah,” kata polis.

BACA >>> Budak 12 Tahun Terselamat Kebakaran, Mujur Abah Ajar Pandu Kereta!

KOMEN KAMI

Macam mana boleh meletup?

  • Pertama, pewangi kereta adalah jenis tin aerosol yang dibuat daripada bahan logam, seperti penyembur racun serangga.
  • Kedua, pewangi kereta memang mengandungi bahan kimia mudah terbakar. Sila baca label amaran. Jangan dedahkan tin aerosol pada cahaya matahari secara terus atau simpan di bawah suhu panas tinggi.
  • Ketiga, percikan api boleh menyambar bahan kimia yang mengewap dalam kereta dan meletupkan sumber asal, iaitu tin aerosol. Sama seperti merokok di stesen minyak. Hasilnya, tin meletup!

SUMBER: DailyMail

Auto Terkini Benson & Hedges Carl Fisher kemalangan Kereta Meletup Kereta Meletup Sebab Merokok merokok dalam kereta Rokok
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.