Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Jepun Kuasai Senarai 10 Kereta Terlaris Dunia!
Auto Terkini

Kereta Jepun Kuasai Senarai 10 Kereta Terlaris Dunia!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize18/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BERDASARKAN senarai 10 kereta terlaris dunia pada 2022, model buatan Jepun nyata gah menguasai majoriti senarai pilihan pengguna.

Daripada 10 kereta dalam senarai ini, tiga model ada dijual secara rasmi di Malaysia. Berikut senarai 10 kereta paling laris dunia, termasuk jumlah jualan tahun lalu:

1. Toyota Corolla (hatchback) – 1.12 Juta Unit

Toyota Corolla hatchback menjadi model terlaris peringkat global pada 2022 dengan mencatat jualan 1.12 juta unit kenderaan. Tidak sama seperti Corolla sedan atau Corolla Cross yang dijual di Malaysia, Toyota Corolla hatchback ini dijual di pasaran negara maju seperti Amerika Utara, Eropah, dan lain-lain.

Walaupun jualan Toyota Corolla menurun 2.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, tetapi masih jauh mendahului model kedudukan kedua dengan 300,000 unit kenderaan.

2. Toyota RAV4 – 868,398 Unit

Tempat kedua turut dikuasai Toyota, kali ini jatuh kepada model kenderaan utiliti sukan (SUV), Toyota RAV4 yang terjual 868,398 unit sepanjang tahun lalu (2022) walaupun menurun 13.7 peratus daripada 2021.

Di pasaran Amerika Syarikat (AS), model itu menduduki tempat ke-4 antara 10 kereta terlaris di sana dengan jualan 399,941 unit, menyumbang hampir 50 peratus daripada jumlah jualan global model berkenaan.

3. Ford F-Series – 786,337 Unit

Tempat ketiga jatuh kepada barisan trak pikap keluaran AS, Ford F-Series. Bagaimanapun, Ford tidak mendedahkan jualan individu untuk setiap varian, sebaliknya mencampurkan jualan keseluruhan siri F-Series, iaitu 786,337 unit dijual pada 2022, menurun 8.8 peratus berbanding 2021.

Di pasaran AS, barisan trak tersebut mendahului jualan pada 2022 dengan jualan 653,957 unit.

4. Tesla Model Y – 759,579 Unit

Tesla Model Y menduduki tempat keempat dan menjadi satu-satunya kenderaan elektrik (EV) yang mencatatkan 759,579 unit jualan pada 2022. Jualan itu meningkat 88.7 peratus berbanding 2021, menunjukkan model EV itu semakin mendapat tempat di hati pengguna dunia.

5. Toyota Camry – 667,968 Unit

Walaupun SUV semakin digilai, tetapi Toyota Camry tenang dengan gaya sedan yang tidak lapuk. Jualan global sedan segmen-D itu mencecah 667,968 unit pada 2022, menurun 2.6 peratus daripada tahun terdahulu.

Di Malaysia, Toyota Camry hanya ditawarkan dalam satu varian, iaitu Camry 2.5V AT yang dijual pada harga RM219,800.

6. Chevrolet Silverado – 591,594 Unit

Tempat keenam menjadi milik trak pikap Chevrolet Silverado yang juga menjadi pesaing terus Ford F-150. Trak pikap itu mencatatkan 591,594 unit jualan, meningkat 1.8 peratus berbanding 2022.

Model itu adalah salah satu daripada beberapa model trak yang mencatat pertumbuhan jualan tahun lalu. Di pasaran AS, Chevrolet Silverado muncul model kedua terlaris di belakang barisan trak pikap siri F yang mencatat jualan 523,249 unit, meningkat sebanyak 1.2 peratus.

7. Honda CR-V – 591,293 Unit

Honda CR-V menduduki tempat ketujuh dengan 591,293 unit jualan seluruh dunia tahun lalu. Sebagai perbandingan, jualan tahun lalu menurun 18.8 peratus berbanding 2021.

Di pasaran Di AS, Honda CR-V turut menduduki tempat ke-7 dan menjadi antara 10 kereta paling popular dengan 238,155 unit. Di Malaysia, Honda CR-V dijual dalam empat varian pada harga bermula RM146,900 hingga RM171,400. Model generasi baharu CR-V ini bakal dilancarkan di Thailand pada 22 Mac ini.

8. Toyota Hilux – 566,836 Unit

Trak pikap paling popular di Malaysia, Toyota Hilux berada di tempat kelapan dengan 566,838 unit jualan seluruh dunia pada 2022.  Julan global Hilux tahun lalu meningkat 3.9 peratus berbanding 2021. Di Malaysia, Toyota Hilux ditawarkan dalam enam varian pada harga bermula RM98,880 hingga RM159,880 untuk varian GR Sport, yang baru dilancarkan tahun ini.

9. Hyundai Tucson – 549,918 Unit

Tempat kesembilan diduduki SUV segmen-C dari Korea, Hyundai Tucson yang mencapai jualan global 549,918 unit, tahun lalu. Jualan tersebut meningkat 0.4 peratus berbanding 2021.

Bagaimanapun, SUV tersebut tidak dijual secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Di Vietnam, Hyundai Tucson dijual pada harga bermula 845 juta dong (RM160,330) hingga 1.06 juta dong (RM201,120). 

10. Trak RAM – 545,420 Unit

Kedudukan terakhir dihuni barisan trak RAM yang mencatat jualan global 545,420 unit pada 2022, tetapi turun 15.4 peratus berbanding 2021.

Tiada angka individu mengikut varian yang dikongsikan RAM (sama seperti Ford). Namun RAM menggabungkan jumlah jualan ketiga-tiga model trak RAM, terdiri daripada RAM 1500, 2500 dan 3500. Di AS, model ini menduduki tempat ketiga seluruh pasaran, dengan jualan 468,344 unit pada 2022.

Di Vietnam, RAM mengedarkan pikap RAM 1500 yang besar dalam dua varian, Standard dan TRX, berharga 5.5 bilion dong (RM1,043,670) dan 7.9 bilion dong (RM1,499,090)

BACA >>> Toyota Jadi Pengeluar Kereta Paling Banyak Daftar Paten 2022!
BACA >>> Toyota Corolla – Kereta Paling Laris Dunia, Terjual Setiap 28 Saat

SUMBER: ZingNews

Ford F-Series Global Honda CR-V Hyundai Tucson kereta paling laris Kereta terlaris di dunia RAM Pickup Tesla Model Y Toyota Camry Toyota Corolla Toyota Hilux Toyota RAV4
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.