Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR
Auto Terkini

Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR

Han OthmanBy Han Othman03/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menerima lebih 10 kali ganda aduan kerosakan jalan raya menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan Ogos lalu berbanding sebelum ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini perkembangan baik dan menjadi bukti keprihatinan rakyat serta usaha proaktif Kerajaan dalam memastikan infrastruktur jalan dalam keadaan baik dan selamat.

Beliau berkata, pengalaman Malaysia berhubung keselamatan dan penyelenggaraan jalan raya itu itu turut dikongsi pada Kongres Jalan Sedunia ke-27, anjuran Persatuan Tetap Kongres Jalan Antarabangsa (PIARC) berlangsung di Prague, Republik Czech sejak semalam hingga 6 Oktober depan.

Dalam ucapan pembukaan disampaikan Presiden PIARC Nazir Alli di kongres ini, beliau menegaskan keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan ini tentunya selari semangat yang diangkat dalam kempen MYJalan.

“Kempen ini bertujuan meningkatkan akauntabiliti dan menggalakkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya, pemain industri dan agensi kerajaan bahawa jalan raya adalah tanggungjawab bersama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kempen itu juga menurutnya selaras strategi Wawasan Sifar (Vision Zero) yang diperkenalkan Sweden dan diimplementasikan banyak negara termasuk Malaysia, serta Kesatuan Eropah (EU) sejak 2019 untuk memastikan generasi akan datang mempunyai pemikiran ‘kemalangan boleh dicegah dan setiap kematian dalam kemalangan tidak boleh diterima’.

SUMBER: Bernama

Aplikasi MYJalan Auto Terkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Kementerian Kerja Raya (KKR) MYJalan MyJalan KKR
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.