Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Sedia Bayar RM6.2b untuk Ambil Alih 4 Lebuh Raya dalam KL
Auto Terkini

Kerajaan Sedia Bayar RM6.2b untuk Ambil Alih 4 Lebuh Raya dalam KL

Han OthmanBy Han Othman22/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mengemuka tawaran pengambilalihan kepentingan dalam 4 pengendali lebuh raya utama membabitkan nilai RM6.2 bilion, dipetik BHarian Online.

Senarai 4 lebuh raya tersebut ialah:

  • Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) – RM2.47 bilion
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) – RM1.984 bilion
  • KESAS Sdn Bhd – RM1.377 bilion
  • Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) – RM369 juta.

Pengambilalihan itu seiring pengumuman Kerajaan pada Februari lalu yang merancang mengambil alih 4 lebuh raya tersebut sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya.

Gamuda Bhd yang juga pemegang saham terbesar dalam keempat-empat pengendali lebuh raya tersebut  berkata, pihaknya hari ini menerima surat tawaran daripada MOF Inc bagi mengambil alih semua kepentingan termasuk saham biasa, saham keutamaan dan saham pinjaman.

BACA >>> 4 Lebuh Raya Akan Beri Tol Percuma 11PM – 5AM, Ada Caj Kesesakan Waktu Puncak!

Katanya, tawaran itu akan dilaksanakan syarikat tujuan khas (SPV) milik sepenuhnya MOF Inc yang akan dikenal pasti kemudian.

“Tawaran kepada setiap pengendali konsesi lebuh raya sah sehingga jam 5 petang pada 12 Julai ini. Tawaran itu tidak sah selepas itu melainkan MOF Inc setuju dalam bentuk bertulis untuk melanjutkan tempoh tawaran berkenaan.

“Semua tawaran kepada keempat-empat syarikat konsesi ini tertakluk kepada dapatan kajian daya maju yang memuaskan, kelulusan Kabinet dan pelaksanaan perjanjian definitif berhubung tawaran dan pematuhan kepada terma-terma tawaran itu.

“Tawaran-tawaran ini saling mengikat satu sama lain melainkan diberi pelepasan MOF Inc atau SPV dalam bentuk bertulis,” katanya.

Gamuda memiliki 70 peratus kepentingan dalam KESAS; SPRINT (52 peratus); LITRAK (44 peratus) dan 50 peratus dalam SMART. LITRAK ialah pengendali Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).


KOMEN KAMI

Berita gembira atau tidak?

Sebenarnya ada positif dan negatif mengenai berita ini. Pertama sekali yang perlu kita tahu ialah pengambilalihan tersebut bukan bermakna tol akan dihapuskan. Malah Perdana Menteri sebelum ini pun sudah buat kenyataan yang mustahil tol nak dimansuhkan.

Sebabnya mudah, jika dimansuhkan kerajaan terpaksa menanggung sepenuhnya kos penyelenggaraan, termasuk tenaga kerja. Jika ini berlaku, apa yang menjadi persoalan ialah tentang impak ke atas kualiti perkhidmatan dan penyelenggaran. Adakah lebih baik, sama tahap atau semakin buruk berbanding di bawah pengendali lama?

BACA >>> Mana Boleh Lebuh Raya Tak Ada Tol – Tun M

Jadi kemungkinan besar Kerajaan akan menggabungkan empat lebuh raya itu di bawah satu badan atau agensi khas untuk menguruskan semua lebuh raya berkenaan.

Ya, tol tetap akan ada, cuma lebih terkawal dan ada kemungkinan kadar sama rata untuk semua tol. Sama seperti apa dilakukan Prasarana (dilakukan Kerajaan terdahulu) yang efisien dalam menguruskan pengangkutan awam walaupun ia milik Kerajaan sepenuhnya.

Auto Terkini Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) Kerajaan Mahu Ambil Alih Tol dalam KL KESAS Lebuh Raya LITRAK SMART SPRINT tol
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.