Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»4 Lebuh Raya Akan Beri Tol Percuma 11PM – 5AM, Ada Caj Kesesakan Waktu Puncak!
Auto Terkini

4 Lebuh Raya Akan Beri Tol Percuma 11PM – 5AM, Ada Caj Kesesakan Waktu Puncak!

Han OthmanBy Han Othman23/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA tergempar! KERAJAAN kini sudah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Bhd untuk mengambil alih konsesi lebuh raya yang mempunyai pegangan majoriti, membabitkan empat lebuh raya bertol di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan dipetik Kosmo berkata, dengan kejayaan pengambilalihan itu kelak, Kerajaan merancang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada. Menurutnya, empat lebuh raya bertol itu terdiri daripada:

  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Terowong SMART

CAJ KESESAKAN

Sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan, tetapi cuma pada waktu puncak sahaja (enam jam), sebaliknya waktu bukan puncak (11 malam – 5 pagi) tiada bayaran dikenakan, iaitu PERCUMA. Malah, pengguna akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi waktu biasa.

Bagaimanapun, setakat ini kami tiada maklumat mengenai bilakah tempoh 6 jam waktu puncak tersebut? Adakah ada dua sesi waktu puncak untuk pagi dan petang, misalnya 5 pagi-11 pagi dan 4 petang – 10 malam? Bilakah pula waktu biasa seperti dinyatakan? Adakah hari minggu, atau tengah hari?

KUTIPAN CAJ UNTUK TAMPUNG KOS SELENGGARA

Menurut Kerajaan lagi, hasil kutipan caj kesesakan akan diguna pakai untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman. Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam yang kemudian akan digunakan untuk meningkat kualiti pengangkutan awam seluruh negara.

Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan diumumkan Kementerian Kewangan pada masa sesuai.

Katanya, Kerajaan Pakatan Harapan berjanji dalam manifesto pilihan raya lalu untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsesi. Ini antara langkah kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuh raya.

Auto Terkini Lebuh Raya Lebuh Raya Bertol Mansuh Tol
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

23/06/2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Auto Terkini

Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

22/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.