Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Lanjut Had Usia Pengangkutan Awam Setahun Lagi, Tapi Masih Kena Ujian Puspakom
Auto Terkini

Kerajaan Lanjut Had Usia Pengangkutan Awam Setahun Lagi, Tapi Masih Kena Ujian Puspakom

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) memberi tempoh lanjutan satu tahun secara automatik bagi kenderaan perkhidmatan awam yang sudah dan akan capai had usia yang ditetapkan dalam syarat lesen atau permit kenderaan.

Langkah itu dibuat untuk membantu pemain industri pengangkutan awam seperti pemilik teksi, bas sekolah dan bas persiaran ketika waktu sukar berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang sudah mencapai had usia maksimum penggunaan kenderaan untuk tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 akan diberi lanjutan automatik untuk setahun lagi.

Bagaimanapun, kenderaan tetap perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk keselamatan dan kelayakan berada atas jalan raya.

BACA >>> Agensi Pengangkutan Tutup Kaunter, Beri Kelonggaran Perbaharui Lesen, Permit
BACA >>> Ini Senarai Pusat Pemeriksaan Puspakom Yang Beroperasi Di Negeri PKPD

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata;

“Ini termasuk semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.

“Perlanjutan had usia bas pelancongan dan persiaran turut diselaras dengan aspek pelesenan syarikat, agensi, operator pelancongan dan pelesenan bas pelancongan serta persiaran di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terletak di bawah skop kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac).

Keputusan dibuat susulan sesi perbincangan antara MOT bersama Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA), Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia (PPBPSM), Gabungan Teksi Semenanjung Malaysia (GTSM), Koperasi Melayu Teksi Pulau Pinang, Persatuan Teksi India Wilayah Persekutuan, Persatuan Kereta Sewa Hulu Selangor.

BACA >>> Juara WorldSBK 6 Kali, Rea Lulus Lesen Motor
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 7 Perkara yang Pemandu Kereta Kena Faham Pasal Motosikal
BACA >>> Kajian: Penunggang Motosikal Paling Kurang Stres Atas Jalan
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) PUSPAKOM
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.