Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenali Jenis Enjin [SIRI 4]: Enjin W-Type – Cetus Prestasi Super dalam Pakej Kompak
Autotainment

Kenali Jenis Enjin [SIRI 4]: Enjin W-Type – Cetus Prestasi Super dalam Pakej Kompak

Han OthmanBy Han Othman25/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

 

ENJIN TYPE-W DAN VR

Mempunyai banyak persamaan dengan enjin V-Type, nama enjin W-Type diperoleh daripada bentuk bank silinder. Enjin W-Type memuatkan tiga atau empat bank silinder berasingan yang disusun menjadi bentuk W atau anak panah. Sesetengah enjin W-Type memuatkan lebih daripada satu aci engkol (crankshaft). Enjin jenis ini biasanya digunakan untuk kenderaan tugasan-berat dan prestasi tinggi.

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 1]: Enjin Sebaris – Paling Cekap dan Mudah Senggara

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 2]: Enjin V-Type – Jana Lebih Kuasa Buas untuk Kereta

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 3]: Enjin Flat – Satukan Imbangan dan Pengendalian Sempurna

Volkswagen ialah perintis kepada banyak enjin W-Type moden menerusi penggunaan rekabentuk enjin VR-Type yang dihasilkannya. Enjin VR ialah enjin V-Type yang menempatkan silinder pada sudut sempit dan ruang rapat, di mana satu kepala silinder tunggal boleh merangkumi dua bank silinder. Dalam enjin W-Type, Volkswagen menggabungkan dua bank VR bersama dengan menghasilkan enjin yang kadangkala dipanggil Double-V berbanding W-Type.

CONTOH ENJIN: W12

enjin-bugatti-veyron-w16
Enjin Bugatti Veyron

Enjin W12 mempunyai dua rekabentuk major; enjin W-Type tradisional dengan tiga bank untuk empat silinder, dan W12 yang menggabungkan dua bank piston VR6. Enjin ini mampu menghasilkan prestasi menakjubkan dalam pakej kompak. Ini membolehkan pengeluar membina padanan enjin berkuasa dengan transmisi pacuan semua roda (AWD). Menggunakan enjin jenis ini sebagai titik mula, Volkswagen kemudian membangunkan enjin W16 yang cukup disegani.

Antara kereta terkenal yang menggunakan enjin W12 ialah Bentley Continental GT, Volkswagen Phaeton dan Audi A8 L W12. Walaupun cuma sedikit kereta konsep yang menggunakan enjin W16, satu-satunya kenderaan massa yang menggunakan enjin jenis ini ialah Bugatti Veyron dan model baharu akan datang, Bugatti Chiron.

Terdapat banyak gaya enjin berbeza untuk dipilih pembeli hari ini, dan setiap jenis enjin memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Enjin yang sempurna bergantung kepada keperluan sesebuah kenderaan.

bentley-continental-gt
Bentley Continental GT
volkswagen-phaeton
Volkswagen Phaeton
audi-a8
Audi A8 L
autotainment Bentley Continental GT Bugatti Veyron enjin W-Type kenali jenis enjin Volkswagen Phaeton W12 W16
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.