Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kena Denda RM2,000 Sebab Pindah 21 Lembu Tanpa Izin
Auto Terkini

Kena Denda RM2,000 Sebab Pindah 21 Lembu Tanpa Izin

Han OthmanBy Han Othman10/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemandu lori didapati bersalah dan didenda RM2,000 kerana memindahkan 21 lembu hidup tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di Seberang Perai pada Januari lalu.

Mohd Aidil Abdul Halim, 40, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

BACA >>> Bawa Lori Menyamar Nak Pindah Barang, Rupa-Rupanya Nak Mencuri

Tertuduh didakwa memindahkan 21 lembu hidup menggunakan sebuah lori dengan nombor pendaftaran DCD9845 tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar. Dia melakukan kesalahan itu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Bakap di Lebuh Raya Utara Selatan daerah Seberang Perai Selatan di sini kira-kira jam 10.07 malam pada 29 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Perintah 4(1)(a) Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003 yang dibaca bersama Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 36(7) akta sama dengan denda maksimum RM15,000.

Mahkamah turut memerintahkan hasil jualan ternakan RM7,200 dilucutkan hak, manakala tertuduh menjelaskan denda tersebut hari ini.

BACA >>> Lembu Malaysia Naik Bezza, Lembu Amerika Naik Civic! Pemandu Pula Entah ke Mana
BACA >>> Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia

SUMBER: HMetro | Bernama

Auto Terkini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pindah Lembu Tanpa Kebenaran
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.