Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kena Cekup Selepas Tayang Video Merempit 260kmj di Jambatan Pulau Pinang
Auto Terkini

Kena Cekup Selepas Tayang Video Merempit 260kmj di Jambatan Pulau Pinang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KATA orang, ‘pandai makan, pandai simpan’. Kalau sudah buat jahat dan langgar undang-undang, janganlah pula hendak buka pekung di badan. Tahniahlah kerana anda memudahkan kerja polis kita.

Tular satu rakaman video berdurasi 2:20 minit yang menunjukkan seorang lelaki memecut Kawasaki Ninja ZX-6R sampai meter mencecah 260kmj di Jambatan Pulau Pinang.

Mungkin dalam fikiran penunggang itu, jalan raya lengang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah masa terbaik untuk dia menguji kelajuan maksimum motosikalnya.

Cuma apa yang kurang cerdik, aksi yang dirakamkan menggunakan kamera GoPro itu dikongsikan dalam laman Facebook dan kemudian menjadi tular. Angka kelajuan 260kmj sudah jelas menunjukkan yang anda sudah melanggar halaju maksimum dibenarkan.

Sudahnya, rakaman video itu dijadikan bukti untuk polia menahan suspek tersebut. Berikut status dimuat naik Facebook IPD Timur Laut, Pulau Pinang;

21 April 2020 Georgetown-Tindakan maklumat daripada orang awam tangkapan ke atas 1/L/Cina yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut DSP Ridzuan bin Ishak bersama Insp Abdul Sah bin Ibbah dan Team PG85 di bawah Seksyen 42 APJ 1987 yang tular di dalam facebook video yang berdurasi selamat 2 minit 20 saat.

Rakaman video tersebut menunjukkan motosikal ditunggang dalam keadaan melulu dan membahayakan dengan memotong dan mencelah di kiri dan kanan kenderaan lain dengan laju di atas Jambatan Pulau Pinang. Kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit kerana memandu secara melulu dan membahayakan.”

Selepas tahu hukuman yang bakal menanti, memang tidak berbaloi dengan keseronokan yang ditularkan. Inilah yang dikatakan nasi sudah menjadi bubur.

kepada rider kita di luar sana yang gatal tangan hendak merempit dan merakam, silalah fikir dulu sebelum hendak memuat naik video anda itu.

harga kawasaki Kawasaki kawasaki ninja zx6r 2019 PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) roda2 Video Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.