Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kementerian Akan Tambah Baik Kebajikan, Faedah Pemandu Bas
Auto Terkini

Kementerian Akan Tambah Baik Kebajikan, Faedah Pemandu Bas

Han OthmanBy Han Othman12/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan akan menambah baik kebajikan dan faedah pemandu bas dalam usaha menarik lebih ramai orang menyertai bidang itu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Loke, itu juga dilakukan untuk memastikan terdapat pemandu bas mencukupi di pasaran.

Selain itu, Prasarana akan mengadakan jerayawara untuk merekrut lebih ramai pemandu bas dan kami berharap lebih ramai akan tampil untuk mendapatkan pekerjaan ini,” katanya.

Loke berkata demikian ketika mengulas laporan media baru-baru ini berhubung Kesatuan Pekerja Pengangkutan menggesa Kerajaan menyelesaikan masalah kekurangan pemandu bas dalam negara dengan mengatasi isu seperti kos operasi tinggi, hasil rendah dan persaingan sengit hingga menyukarkan pengusaha bas menggaji pemandu.

Mengenai keputusan Kerajaan menggubal dasar membasmi budaya ‘Ali Baba’ yang mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi, Loke berkata terdapat pendekatan dan dasar perlu dirangka.

Ini perlu bagi memastikan sumber dan peruntukan Kerajaan digunakan untuk tujuan dibelanjakan dengan baik dan nilainya dimanfaat sepenuhnya.

Itu yang berlegar dalam fikiran kami, dan agenda paling penting untuk mematahkan elemen rent-seeking (dan pada masa sama) memastikan nilai untuk wang, sesuatu kami mahu laksanakan bagi memastikan peruntukan sumber lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan berkata, Kerajaan sedang dalam tindakan merangka Dasar Anti-Ali Baba (rent-seeking) yang mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi.

Anwar berkata anggaran kerugian mencecah sekitar 1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dengan melibatkan aspek perolehan, perlesenan, pemberian permit dan kuota serta pemberian subsidi dan geran.

SUMBER: Bernama

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kementerian Pengangkutan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.