Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?
Auto Terkini

Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMALAM tular satu video berdurasi 29 saat (lihat klip video di bawah) yang memaparkan empat penunggang motosikal melambung akibat merempuh sebuah kereta Perodua Myvi di KM25 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) arah Cyberjaya ke Kelana Jaya. Ramai warga maya melontarkan pendapat peribadi dan ada juga saling menyalahi antara penunggang dan pemandu.

Lebih menyedihkan, ada kalangan warga maya menyalahkan kumpulan penunggang motosikal berkenaan dengan mengatakan mereka tidak layak menunggang di lorong kanan.

BACA >>> #TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya

Bukan mahu menunding jari kepada sesiapa, ini ulasan kami tentang kejadian tersebut supaya semua pembaca dapat bertenang, berfikiran rasional  dan  mempertimbangkan situasi kedua-dua pihak.

Menurut laporan BHarian, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 4.55 petang dan berpunca daripada pemandu  Myvi yang mengekori rapat sebuah Mazda CX3 sebelum terlanggar belakang SUV tersebut kerana tidak sempat membrek.

Perlanggaran itu juga menyebabkan Myvi berkenaan terbabas ke arah kanan jalan sebelum dilanggar pula empat penunggang motosikal, dipercayai kumpulan sama berdasarkan baju dipakai.

BACA >>> Keke Challenge: Dubai Tahan Penari di Media Sosial, Sepanyol Catat Kes Kemalangan

SIAPA BERSALAH IKUT UNDANG-UNDANG?

Mengulas situasi berkenaan, mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib berkata, dari segi undang-undang sudah jelas mana-mana kenderaan melanggar dari belakang adalah pihak yang bersalah.

“Tidak perlu salahkan sesiapa pun. Menerusi video itu jelas pemandu Myvi buat kesilapan awal, ada kemungkinan dia tidak amalkan pemanduan berhemah kerana mengekori kereta depan terlalu rapat dan langgar terus. Mungkin dia bermain, sedang bercakap telefon atau dia langsung tak perasan kereta depan,” katanya.

BACA >>> Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ…

SALAHKAH PENUNGGANG GUNA LORONG KANAN?

Mengenai komen warga maya yang menyalahkan penunggang motosikal kerana menggunakan lorong kanan, Mohamad menjelaskan;

“Penunggang boleh lalu di mana-mana lorong, tak ada masalah. Undang-undang adalah sama dan kita tak boleh kata lorong tersebut penunggang motosikal tak boleh lalu. Boleh lalu!

“Tapi saya percaya perlanggaran awal membuatkan pemandu Myvi tergamam dan situasi panik menyebabkan kereta berpusing. Sebab itulah terlanggar budak motor berdekatan.

“Dalam undang-undang sedia ada, ada beberapa jalan saja yang digazetkan untuk lorong motosikal. Tetapi kebanyakan jalan yang disediakan tidak cukup kriteria untuk lorong motosikal seperti tercatat dalam undang-undang. Cuma Lebuhraya Persekutuan, iaitu sebelah kiri dan kanan, yang ada dalam perundangan lorong motosikal.

“Tapi, mana-mana laluan yang termaktub dalam perundangan lorong motosikal perlu dipatuhi, tetapi ramai tidak ikut, contohnya lorong motosikal Cyberjaya-Putrajaya, kerana tidak diselenggara dengan betul,” katanya.

Mohamad menambah lagi, kelajuan penunggang juga menyebabkan masing-masing tidak dapat mengelak Myvi tersebut. Perlu diingatkan, penunggang motosikal berisiko 80-85 peratus lebih bahaya di jalan raya.

“Membrek pun dia akan langgar dan jatuh, dia tak buat apa-apa pun dia akan jatuh, dan dia tersilap sikit pun dia akan jatuh,” katanya.

BACA >>> Kemalangan Subaru WRX Ini Buatkan Enjin, Kotak Gear dan Pemandu Tercampak


Kemalangan tersebut menyebabkan keempat-empat penunggang mengalami kecederaan. Seorang mengalami kecederaan dada dan luka lutut kiri, seorang lagi patah tulang pinggul dan pergelangan tangan kanan, penunggang ketiga patah pergelangan tangan kiri dan penunggang terakhir retak kaki kiri.

Harap kita semua sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Auto Terkini berapa teruk kemalangan Dato' IR Mohamad Dalib kemalangan Kemalangan LDP kemalangan motosikal Kemalangan Perodua Myvi vs YSuku Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Mazda CX-3 Perodua Myvi video kemalangan Yamaha Y15ZR
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.