• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya?

#TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya?

June 9, 2019 By Abang GYL 2 Comments

59.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, pengguna jalan raya berhak mengambil tindakan undang-undang termasuk saman ke atas konsesi lebuh raya sekiranya mengalami kecederaan, kemalangan dan kehilangan nyawa ketika menggunakan lebuh raya.

Bagaimanapun, tindakan saman itu hanya boleh dibuat jika kemalangan itu berpunca akibat kecuaian syarikat konsesi lebuh raya dan bukan diri sendiri atau melibatkan pihak ketiga.

BACA >>> Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?

Memetik laporan FMT, peguam, Sankara N Nair berkata, orang ramai perlu dimaklumkan hak untuk menuntut ganti rugi terhadap mana-mana badan, organisasi dan syarikat hingga menyebabkan kerosakan harta benda, kecederaan serta kematian yang berpunca akibat kecuaian pemilik lebuh raya.

Kata Sankara;

Individu, mangsa atau keluarga boleh menfailkan saman sivil terhadap syarikat konsesi lebuh raya jika berlaku perkara tidak diingini.

“Ini sekiranya kecuaian. Akta Pengangkutan Jalan tidak relevan di sini (untuk failkan saman). Tetapi tindakan sivil kerana cuai di bawah Tort Kecuaian boleh dilakukan dengan mengemukakan writ saman kepada mahkamah."

WANITA CEDERA MUKA AKIBAT JALAN BERLUBANG

Wanita boleh saman syarikat konsesi lebuh raya_PanduLaju_3
Wanita boleh saman syarikat konsesi lebuh raya_PanduLaju_4
Wanita boleh saman syarikat konsesi lebuh raya_PanduLaju_1
Wanita boleh saman syarikat konsesi lebuh raya_PanduLaju_2

Sankara diminta mengulas perkara itu berikutan kebimbangan orang ramai terhadap struktur laluan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) yang membahayakan pengguna.

Pada 22 Mei lalu, seorang wanita mengalami kecederaan di wajah selepas melalui jalan NKVE di KM26.4 dari arah Shah Alam ke Tol Duta. Kemalangan itu berpunca daripada keadaan laluan yang rosak hingga menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan mengalami kecederaan.

Ketika ditanya apakah langkah wajar boleh diambil, beliau berkata, mangsa boleh memfailkan saman sivil ke atas syarikat lebuh raya itu. Mereka (syarikat konsesi) perlu dipertanggungjawabkan kerana kecuaian hingga menyebabkan kerosakan dan mungkin kehilangan nyawa pengguna lain.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!
BACA >>> Dilanggar Belakang Ketika Pandu di Lorong Kecemasan, Apakah Boleh Tuntut Ganti Rugi atau Saman?

Artikel Berkaitan

59.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: jalan lubang NKVE, KM26.4 NKVE, mangsa boleh saman syarikat lebuh raya, mangsa kemalangan, saman lebuh raya, Sankara N Nair, syarikat konsesi lebuh raya

Comments

  1. Mohd Bashah says

    June 12, 2019 at 6:03 PM

    Make a claim on Public Liability

    Reply
  2. Lantun says

    June 17, 2019 at 8:28 PM

    Kita patut memulakan Saman pihak konsesi lebuhraya ini kerana lalai menjalankan tanggung jawab utk mempastikan lebuhraya selamat. Kita terpaksa membayar harga tol yg terlalu tinggi setiap tahun. Kenapa Kita mesti kesian pada pihak konsesi. Ambil peguam dan mulakan Saman.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar Di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar Di Colombia, Harga RM8.5k!
  • Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
    Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
  • Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage
    Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage
  • BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!
    BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my