Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kemalangan Ketika Pandu Uji Subaru Forester, Benarkah EyeSight Tidak Berfungsi?
Auto Terkini

Kemalangan Ketika Pandu Uji Subaru Forester, Benarkah EyeSight Tidak Berfungsi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RANAP tetapi selamat. Itulah apa menimpa sebuah Subaru Forester yang terlibat dalam kemalangan di Bandar Gamuda, Hanoi di Vietnam pada tengah hari, 18 Julai lalu.

Kemalangan berlaku ketika Forester itu dipandu duji seorang pelanggan sambil ditemani seorang staf Subaru. Mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas hingga memanjat kawasan bertebing sebelum merempuh sebatang pokok dari arah depan. Bagaimanapun, dia dan penumpang yang juga staf Subaru tidak mengalami kecederaan.

BACA >>> Subaru Forester GT Edition (2020) Lancar di Malaysia, Harga RM178k

Insiden itu juga menyaksikan lima daripada tujuh beg udara Forester mengembang dan melindungi pemandu dan penumpang. Kenapa hanya lima beg udara? Sebabnya, pelanggaran berlaku dari arah depan dan impak dihasilkan tidak cukup kuat untuk mengaktifkan beg udara sisi.

Kos baik pulih dianggarkan bernilai ratusan juta dong, tetapi akan ditanggung pihak insurans yang masih membuat penilaian dan siasatan. Perlindungan akan diberikan jika pemandu ada lesen memandu sah dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

BACA >>> 13 Fakta Pantas – Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®

EYESIGHT TIDAK BERFUNGSI?


Forester diperkenalkan ke pasaran Vietnam pada Julai 2019 dalam empat varian pada harga kira-kira 1 bilion dong (RM183,700) yang turut dilengkapkan dengan teknologi bantuan pemandu, EyeSight.

Subaru EyeSight dicipta untuk membantu pemandu mengelakkan kemalangan dengan ciri sensor seakan ‘pasangan mata tambahan pemandu’. Bagaimanapum, sistem itu dilaporkan tidak aktif ketika kemalangan berlaku. Kenapa itu berlaku?

Sebabnya, ciri Brek Pra-Perlanggaran (PCB) tidak berfungsi jika sistem mengesan pemandu sudah mengambil inisiatif untuk mengawal kenderaan seperti memijak pedal brek atau membrek. Dalam situasi itu, sistem menganggap pemandu dalam kondisi sedar, tahu dan bersiap sedia dengan situasi yang berlaku.

Forester dijana enjin boxer 2.0L berkuasa 156hp dan tork 196Nm, dengan transmisi automatik CVT dan sistem pacuan empat roda S-AWD. Melihat impak rempuhan dan rim depan, kedua-dua mangsa bertuah kerana sistem beg udara dapat berfungsi baik.

BACA >>> #PanduUji: Betulkah Subaru Forester (2019) dengan EyeSight Ini SUV Serba Lengkap?

SUMBER: Zing | Xe.Baogiaothong

Auto Terkini Ciri Keselamatan Pemanduan kemalangan Pandu Uji Subaru Forester Roda4 Subaru Subaru Eyesight Subaru Forester Subaru Vietnam Teknologi Bantuan Pemandu Teknologi Subaru EyeSight
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.