• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kemalangan Ketika Pandu Uji Subaru Forester, Benarkah EyeSight Tidak Berfungsi?

Kemalangan Ketika Pandu Uji Subaru Forester, Benarkah EyeSight Tidak Berfungsi?

July 22, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

318
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RANAP tetapi selamat. Itulah apa menimpa sebuah Subaru Forester yang terlibat dalam kemalangan di Bandar Gamuda, Hanoi di Vietnam pada tengah hari, 18 Julai lalu.

Kemalangan berlaku ketika Forester itu dipandu duji seorang pelanggan sambil ditemani seorang staf Subaru. Mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas hingga memanjat kawasan bertebing sebelum merempuh sebatang pokok dari arah depan. Bagaimanapun, dia dan penumpang yang juga staf Subaru tidak mengalami kecederaan.

BACA >>> Subaru Forester GT Edition (2020) Lancar di Malaysia, Harga RM178k

Insiden itu juga menyaksikan lima daripada tujuh beg udara Forester mengembang dan melindungi pemandu dan penumpang. Kenapa hanya lima beg udara? Sebabnya, pelanggaran berlaku dari arah depan dan impak dihasilkan tidak cukup kuat untuk mengaktifkan beg udara sisi.

Kos baik pulih dianggarkan bernilai ratusan juta dong, tetapi akan ditanggung pihak insurans yang masih membuat penilaian dan siasatan. Perlindungan akan diberikan jika pemandu ada lesen memandu sah dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

BACA >>> 13 Fakta Pantas - Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®

EYESIGHT TIDAK BERFUNGSI?


Forester diperkenalkan ke pasaran Vietnam pada Julai 2019 dalam empat varian pada harga kira-kira 1 bilion dong (RM183,700) yang turut dilengkapkan dengan teknologi bantuan pemandu, EyeSight.

Subaru EyeSight dicipta untuk membantu pemandu mengelakkan kemalangan dengan ciri sensor seakan 'pasangan mata tambahan pemandu'. Bagaimanapum, sistem itu dilaporkan tidak aktif ketika kemalangan berlaku. Kenapa itu berlaku?

Sebabnya, ciri Brek Pra-Perlanggaran (PCB) tidak berfungsi jika sistem mengesan pemandu sudah mengambil inisiatif untuk mengawal kenderaan seperti memijak pedal brek atau membrek. Dalam situasi itu, sistem menganggap pemandu dalam kondisi sedar, tahu dan bersiap sedia dengan situasi yang berlaku.

Forester dijana enjin boxer 2.0L berkuasa 156hp dan tork 196Nm, dengan transmisi automatik CVT dan sistem pacuan empat roda S-AWD. Melihat impak rempuhan dan rim depan, kedua-dua mangsa bertuah kerana sistem beg udara dapat berfungsi baik.

BACA >>> #PanduUji: Betulkah Subaru Forester (2019) dengan EyeSight Ini SUV Serba Lengkap?

SUMBER: Zing | Xe.Baogiaothong

Related

318
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ciri Keselamatan Pemanduan, kemalangan, Pandu Uji Subaru Forester, Roda4, Subaru, Subaru Eyesight, Subaru Forester, Subaru Vietnam, Teknologi Bantuan Pemandu, Teknologi Subaru EyeSight

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev