Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kekanda Rossi: Yamaha Patut Cuba Buat Enjin V4 Kalau Nak Menang!
Auto Terkini

Kekanda Rossi: Yamaha Patut Cuba Buat Enjin V4 Kalau Nak Menang!

AryonBy Aryon17/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEKANDA Valentino Rossi jelas sekali kecewa dengan prestasi jentera Yamaha susulan keputusan di Misano, minggu lalu dan langsung menggesa pasukan pengilang itu melakukan perubahan radikal ke atas enjin YZR-M1.

Buat masa ini, selain Yamaha, cuma Suzuki satu-satunya pasukan pengilang yang masih menggunakan konfigurasi enjin sebaris. Jadi Rossi dalam kenyataan selepas perlumbaan Ahad lalu memberi idea mengenai pembangunan enjin V4 yang mungkin mampu memberikan prestasi berbeza kepada pasukan Movistar Yamaha.

BACA >>> Marquez Tidak Akan ke Yamaha Selagi Ada Rossi dan Jarvis

Rossi menamatkan aksi GP Marino di tempat ke-7, manakala rakan pasukan, Maverick Vinales dua tangga lebih baik di tangga ke-5 yang menyaksikan jentera Yamaha masih bergelut dengan masalah traksi, isu sama dihadapi pasukan itu sejak dua tahun lalu.

Buat masa ini, konfigurasi V4 yang digunakan jentera Honda, Ducati, KTM dan Aprilia dilihat mampu memberikan daya traksi lebih baik. Jadi secara teori, jika Yamaha turut membangunkan enjin seperti itu, ada kemungkinan besar ia memberikan kesan signifikan terhadap prestasi jentera pasukan itu.

“Enjin beri masalah kepada kami. Ducati dan Honda banyak belajar daripada Yamaha sejak beberapa tahun lalu kerana enjin depa terlalu kuat dan sangat agresif. Depa buat motor dah macam kami, tetapi mungkin masalah tu ada kena mengena dengan enjin V4 dan sebaris.

BACA >>> Pelumba Muda Patut Contohi Motivasi Rossi – Bekas Pengurus

“Tetapi ajaib juga sebab aku masih dapat tempat ketiga. Sepanjang tiga musim lepas, kami bermula agak baik, tapi agak bergelut pada pusingan kedua. Jika hangpa tengok keputusan aku, aku selalu naik podium pada separuh pusingan pertama pertama. Tapi Ducati dan Honda nampak macam mampu kekalkan jentera  dengan baik dan kami perlu faham sebab apa jadi macam tu,” ujar kekanda Rossi dengan semangat membara sambil masih sempat memuji diri sendiri. Power!

SUMBER: MCN

2019 MotoGP Auto Terkini Enjin V4 MotoGP MotoGP 2019 Movistar Yamaha Movistar Yamaha MotoGP VR46 Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.