• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kekanda Rossi: Yamaha Patut Cuba Buat Enjin V4 Kalau Nak Menang!

Kekanda Rossi: Yamaha Patut Cuba Buat Enjin V4 Kalau Nak Menang!

September 17, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


KEKANDA Valentino Rossi jelas sekali kecewa dengan prestasi jentera Yamaha susulan keputusan di Misano, minggu lalu dan langsung menggesa pasukan pengilang itu melakukan perubahan radikal ke atas enjin YZR-M1.

Buat masa ini, selain Yamaha, cuma Suzuki satu-satunya pasukan pengilang yang masih menggunakan konfigurasi enjin sebaris. Jadi Rossi dalam kenyataan selepas perlumbaan Ahad lalu memberi idea mengenai pembangunan enjin V4 yang mungkin mampu memberikan prestasi berbeza kepada pasukan Movistar Yamaha.

BACA >>> Marquez Tidak Akan ke Yamaha Selagi Ada Rossi dan Jarvis

Rossi menamatkan aksi GP Marino di tempat ke-7, manakala rakan pasukan, Maverick Vinales dua tangga lebih baik di tangga ke-5 yang menyaksikan jentera Yamaha masih bergelut dengan masalah traksi, isu sama dihadapi pasukan itu sejak dua tahun lalu.

Buat masa ini, konfigurasi V4 yang digunakan jentera Honda, Ducati, KTM dan Aprilia dilihat mampu memberikan daya traksi lebih baik. Jadi secara teori, jika Yamaha turut membangunkan enjin seperti itu, ada kemungkinan besar ia memberikan kesan signifikan terhadap prestasi jentera pasukan itu.

"Enjin beri masalah kepada kami. Ducati dan Honda banyak belajar daripada Yamaha sejak beberapa tahun lalu kerana enjin depa terlalu kuat dan sangat agresif. Depa buat motor dah macam kami, tetapi mungkin masalah tu ada kena mengena dengan enjin V4 dan sebaris.

BACA >>> Pelumba Muda Patut Contohi Motivasi Rossi - Bekas Pengurus

"Tetapi ajaib juga sebab aku masih dapat tempat ketiga. Sepanjang tiga musim lepas, kami bermula agak baik, tapi agak bergelut pada pusingan kedua. Jika hangpa tengok keputusan aku, aku selalu naik podium pada separuh pusingan pertama pertama. Tapi Ducati dan Honda nampak macam mampu kekalkan jentera  dengan baik dan kami perlu faham sebab apa jadi macam tu," ujar kekanda Rossi dengan semangat membara sambil masih sempat memuji diri sendiri. Power!

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, auto terkini, Enjin V4, MotoGP, MotoGP 2019, Movistar Yamaha, Movistar Yamaha MotoGP, VR46, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
    #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
  • #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my