Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kejar dari Kajang ke Bangi, Polis Cekup Pemandu, Penumpang Satria Bawa Syabu
Auto Terkini

Kejar dari Kajang ke Bangi, Polis Cekup Pemandu, Penumpang Satria Bawa Syabu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS menangkap dua penumpang, termasuk pemandu Proton Satria berwarna coklat dalam aksi kejar-mengejar membabitkan beberapa kereta peronda di sekitar kawasan Kajang dan Bangi, Selangor, Sabtu lalu.

Dua individu dalam Satria itu didakwa cuba melarikan diri dari pemeriksaan polis di Kajang Utama.

Dalam aksi kejar-mengejar tersebut, kereta suspek turut melanggar lima kenderaan lain sebelum ditahan di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, insiden berlaku jam 12.30 tengah hari ketika anggota kereta peronda polis terserempak Satria suspek dalam keadaan mencurigakan di Kajang Utama.

Anggota polis bertugas meminta pemandu terbabit memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan, tetapi suspek enggan sebelum memecut laju melalui Jalan Kajang Utama memasuki Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) dan menghala ke Plaza Tol Sungai Ramal hingga melanggar palang tol.

“Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan memandu melulu melalui Lebuhraya SILK dan masuk semula ke Jalan Ikram Uniten hingga kereta itu dapat dihentikan daripada bergerak di kawasan Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Seksyen 9 dengan bantuan beberapa kenderaan peronda polis lain di kawasan berhampiran.”

Mohd Zaid berkata, siasatan polis mendapati kereta suspek melanggar beberapa kenderaan awam, dan kereta peronda polis.

Kereta suspek dipandu secara berbahaya dengan memasuki celah antara kenderaan awam hingga mengalami kemalangan sebelum kenderaan itu berjaya dihentikan.

“Empat anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang berada di lokasi berjaya memberkas pemandu kereta, iaitu seorang wanita dan penumpang lelaki masing-masing berusia 26 dan 38 tahun sejurus kenderaan mereka berjaya dihentikan.”

Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Bangi untuk tindakan susulan. Pemeriksaan ke atas suspek di lokasi kejadian membawa kepada penemuan beberapa hablur kristal dengan anggaran berat 2.1 gram dipercayai dadah jenis syabu.

Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek juga mendapati mereka positif dadah jenis metamfetamin. Kedua-dua suspek juga ada rekod berkaitan dadah.

Menurut laporan, suspek direman tiga hari hingga 24 Mei ini untuk siasatan lanjut. Tiga kertas siasatan dibuka berhubung insiden tersebut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Siasatan polis juga membabitkan kesalahan memiliki dadah dan memasukkan dadah dalam badan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) akta sama. Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

Auto Terkini Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi Lari Polis Mohd Zaid Hassan Proton Satria Coklat Viral Roda4 tular video tular videotomotif Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.