Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
Auto Terkini

Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize03/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MODEL Kei-Car Terbaik 2022-2023 di Jepun, Mitsubishi eK X EV mendapat rating lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP).

Mitsubishi eK X EV dinilai dalam tiga kategori, prestasi keselamatan perlanggaran, prestasi keselamatan pencegahan dan sistem panggilan kecemasan kemalangan automatik.

BACA >>> Nissan Sakura, Mitsubishi eK X EV Dipilih Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2022/23
BACA >>> Mitsubishi eK X EV (2022) dengan Harga Mula RM59.6k, Termasuk Subsidi Gomen Jepun!

Minivan ini memenangi anugerah Kereta Terbaik Japan Automotive Hall of Fame (JAHFA) 2022 dan Kereta Terbaik Jepun (JCOTY) 2022-2023, termasuk Kei Car Terbaik tahun sama.

Mitsubishi Motors kekal komited dengan falsafah berorientasi keselamatan untuk mencapai masyarakat mobiliti sifar kemalangan jalan raya melalui usaha berterusan membangunkan, menyebarkan teknologi keselamatan dan menyebarkan pengetahuan tentang keselamatan lalu lintas,” kata kenyataan Mitsubishi.

Antara ciri keselamatan ditawarkan ialah 7 beg udara di depan, sisi, tirai, dan lutut pemandu yang membantu meningkatkan prestasi ‘keselamatan perlanggaran’, sekali gus membolehkan minivan EV ini memperoleh skor ‘A’ dengan catatan 88.31 poin daripada 100 poin.

Mitsubishi eK X EV turut dilengkapi teknologi keselamatan aktif seperti sistem  Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM), Amaran Tukar Lorong (LDW), Elak Tukar Lorong (LDP) dan Bantuan Kecemasan untuk Salah Pedal (EAPM).

Sementara itu, sistem panggilan kecemasan (ECS) memainkan peranan penting dalam mencapai skor sempurna (100 peratus) menerusi Sistem Panggilan Kecemasan Kemalangan Automatik (AAECS) dengan skor 8 poin.

Mitsubishi eK X EV dijana unit motor elektrik MM48 berkuasa 63hp (47kW) iaitu had kuasa maksimum dibenarkan undang-undang Kei-Car Jepun.

Menariknya, tork kei-car pacuan roda depan ini agak tinggi, iaitu 195Nm. Sebagai perbandingan, Mitusbishi eK X Hybrid dengan enjin hibrid 3-silinder 660cc turbo hanya menghasilkan tork 100Nm.

Mitsubishi eK X EV dijual pada harga bermula 2,398,000 juta yen (RM82,640) hingga 2,932,600 yen (RM101,050).

Harga ini jauh lebih mahal daripada varian petrol yang berharga antara 1,463,00 juta yen (RM50,410) dan 1,688,500 yen (RM58,180).

Dengan subsidi diberikan Kerajaan Jepun terhadap EV, skim pencukaian untuk kereta-eko dan kenderaan ringan, termasuk subsidi daripada Majlis Bandaraya Tokyo, Mitsubishi eK X EV boleh dibeli pada harga 1,018,000 juta yen (RM35,090) sahaja.

BACA >>> MMM Jual Lebih 24k Kenderaan Sepanjang 2022, Mitsubishi Xpander Paling Laris!
BACA >>> Triton Lonjak Pasukan Mitsubishi Ralliart Sebagai Juara AXCR 2022

SUMBER: Carmudi

Jepun K-Car Kei car Kei Car of the Year Kereta Terbaik Japan Automotive Hall of Fame (JAHFA) 2022 Kereta Terbaik Jepun 2022-2023 Mitsubishi eK X EV Prestasi Keselamatan Kenderaan 2022. Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP)
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.