Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki ZX-6R ABS (2021) Indonesia Kini dengan Skema Warna Baharu
Roda2

Kawasaki ZX-6R ABS (2021) Indonesia Kini dengan Skema Warna Baharu

AryonBy Aryon26/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI ZX-6R (2021) lancar di Indonesia dengan skema warna baharu sebagai sebahagian kemas kini terbaharu model supersport itu.

Selain warna hijau dan hitam yang menjadi seragam rasmi, model 2021 ini juga menampilkan warna baharu, iaitu putih dan merah pada fairing bawah, berbeza dengan bahagian atas yang berwarna hijau dan hitam serta sedikit aksen merah pada fairing sisi, ekor dan fasia depan.

BACA >>> Yoshimura Perkenal Ekzos Alpha T 3/4 untuk Kawasaki ZX-6R, Lebih Ringan, Lebih Kuasa

Cuma seragam diperbaharui dan aspek trenkuasa dikekalkan, iaitu masih dipacu enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 16 injap 636cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 134hp @ 13,500rpm dan tork 70.8Nm @ 11,000rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Sistem suspensi menggunakan unit fork terbalik (USD) Showa SFF BP dan monoshock Uni-Trak, manakala brek jenis dwi-cakera 275mm depan dan cakera tunggal 186mm di belakang dengan tayar saiz 120/70ZR17 58W (depan) dan 180/55ZR17M/C 73W (belakang).

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition Lancar di Jepun 1 Disember Ini, Harga RM49k

Antara ciri dimiliki ZX-6R (2021) ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), klac anti-gelincir (A&S), mod kuasa, indikator tunggangan ekonomi, injap dual-terotel, dan Sistem Brek Anti-Kunci Pintar Kawasaki (KIBS).

Model ini menawarkan kapasiti tangki 17 liter dan berat 196kg, manakala tanda harga 315,700,000 rupiah (RM93,600).

Di Malaysia, ZX-6R ialah model wajib ada dalam barisan famili Kawasaki Motor Malaysia (KMM). Namun, isu rundingan Kawasaki Heavy Industries (KHI) dan Modenas mungkin meletakkan model ini di bawah label Modenas. Apapun segalanya belum dimuktamadkan.

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!

Kawasaki Motors Indonesia (KMI) Kawasaki ZX-6R (2021) roda2 supersport
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.