Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Ninja ZX-25R (2022) di Indonesia Dapat Empat Warna Baharu
Roda2

Kawasaki Ninja ZX-25R (2022) di Indonesia Dapat Empat Warna Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Motor Indonesia (KMI) mengumumkan empat warna baharu untuk sportbike paling hangat dunia, Ninja ZX-25R (2022) yang akan ditawarkan ke pasaran negara jiran itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan  sama ada warna baharu itu akan menggantikan tiga opsyen warna sedia ada iaitu hijau, biru dan hitam.

BACA >>> Dengarkan Kompilasi Deruman Kawasaki Ninja ZX-25R dengan Pelbagai Ekzos Aftermarket

WARNA BAHARU EDISI 2022

Lime Green/Ebony/Pearl Blizzard White (ABS)
Passion Red/Pearl Blizzard White (ABS)
Metallic Matte Graphenesteel Grey/Metallic Spark Black (ABS)
Metallic Spark Black (Standard)

Berikut warna baharu ditawarkan Ninja ZX-25R (2022):

  • Lime Green/Ebony/Pearl Blizzard White (ABS)
  • Passion Red/Pearl Blizzard White (ABS)
  • Metallic Matte Graphenesteel Grey/Metallic Spark Black (ABS)
  • Metallic Spark Black (Standard)

Sportbike suku liter empat silinder ini masih mengekalkan sistem trenkuasa sama, dan begitu juga harga. Berikut harga ketika pelancaran:

  • Ninja ZX-25R – Rp96 juta (RM28,360)
  • Ninja ZX-25R ABS-SE – Rp112.9 juta (RM33,270)

Enjin 250cc menawarkan kuasa maksimum 51PS (49hp) dengan ram udara dan 50PS (48hp) tanpa ram udara pada rev 15,500rpm, manakala tork maksimum 22.9Nm @ 14,500rpm. KMI mendakwa pecutan maksimum Ninja ZX-25R ialah 187kmj dengan transmisi manual jenis klac basah 6-kelajuan.

BACA >>> Stok Terhad, Tempahan Berduyun, Kawasaki Ninja ZX-25R Terpakai Cecah RM42k!
BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?

APA NASIB ZX-25R DI INDONESIA

Indonesia mula membuka tempahan Ninja ZX-25R pada 11 dan 12 Julai 2020 di cawangan Kawasaki Abdul Muis pada musim pandemik Covid-19. Sportbike itu asalnya dirancang untuk dilancarkan sempena acara Kawasaki Bike Week 2020 di Jakarta pada 4 April 2020, tetapi terpaksa ditunda akibat wabak Covid-19.

Sasaran jualan 2,000 unit pada tahun pertama, tetapi jumlah jualan nyata memberangsangkan hingga meraih keuntungan berlipat kali ganda. Malangnya, KMI tidak mendedahkan angka sebenar jualan.

Pembeli Ninja ZX-25R kini memiliki komuniti yang agak besar dan aktif melakukan perhimpunan bermotosikal selain konvoi. KMI turut menganjurkan aktiviti buat pemilik model tersebut seperti acara hari trek (track day). 

BACA >>> Sumber: Modenas Takkan Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R?
BACA >>> Analisis Lakaran Paten Ram Udara, Ekzos Kawasaki ZX-25R, Tidak Boleh Slip-On?
BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-4R, Sportbike 4-Silinder 400cc dalam Pembikinan?

Auto Terkini kawasaki ninja Kawasaki ZX-25R Ninja ZX-25R (2022) Ninja ZX-25R Warna Baharu 2022 roda2 sportbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.