Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Hentikan Jualan di Malaysia, Tunggu JV Rasmi dengan Modenas?
Roda2

Kawasaki Hentikan Jualan di Malaysia, Tunggu JV Rasmi dengan Modenas?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASALNYA kami cuma hendak tanya orang Kawasaki tentang ZX-25R ke Malaysia selepas debut global nanti, tetapi lain pula ceritanya. Ini jawapan yang kami dapat;

Tak tahu nak kata sebab kami mungkin tak jual jenama Kawasaki dalam masa terdekat.”

Alamak, apa sudah jadi? Adakah Kawasaki Motors Malaysia (KMM) akan mengundurkan diri dari pasaran tempatan seperti Suzuki Malaysia? Nampaknya harapan mahu tengok ZX-25R semakin kabur. 😭

Patutlah KMM semacam menyepi saja awal tahun ini. Kebiasaannya, wakil pengedar itu akan memperkenalkan barisan model baharu setiap kali menjelang  Tahun Baru Cina. Tahun ini tetiba senyap. Adakah itu ada kaitan dengan Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) yang menambah pegangan saham 30 peratus dalam Modenas? Lagi jawapan yang kami dapat;

“Ya, Kawa(saki) akan masuk Modenas.”

Jadi, apa yang kami boleh ringkaskan, produk KMM akan berhibernasi buat sementara waktu untuk pasaran Malaysia hingga Modenas secara rasmi mengumumkan usahasama (JV) pengeluar nasional itu dengan KHI.

BACA>>>>Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

Tidak puas hati lagi, kami tanya pula; “Adakah Modenas akan menjual jenama Kawasaki di Malaysia dan apa pula nasib  yang bakal menimpa KMM?” Sumber menjawab; “Macam itulah nampak gayanya. No comment, tunggu saja sidang akhbar nanti.” 

Kami juga difahamkan Modenas akan memasangkan model Kawasaki, dan mungkin akan dijenamakan kepada Modenas. Sekarang ada banyak persoalan yang berlegar dalam fikiran:

  • Apakah nasib KMM? Adakah situasi KMM akan jadi seperti Bajaj Kawasaki di India?
  • Bagaimanakah pula nasib model pemasangan tempatan (CKD) yang dipasangkan di kemudahan KMM?
  • Adakah KMM selepas ini hanya akan menjual model import (CBU)?
  • Adakah akan berlaku konflik pasaran kerana model Bajaj turut dijual di bawah jenama Modenas?
  • ZX-25R masuk Malaysia tak?

BACA >>> #SembangDeras: Super Kapcai Modenas Kembali!

Auto Terkini beli pegangan saham Kawasaki Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Kawasaki ZX-25R Modenas roda2 saham Usahama
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ¡ GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.