Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kapcai Paling Berkuasa di Planet Bumi Muncul 11 April Ini? Benelli R18i?
Roda2

Kapcai Paling Berkuasa di Planet Bumi Muncul 11 April Ini? Benelli R18i?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FOTO dokumen pendaftaran nama Benelli R18i dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia sudah tular di Internet beberapa minggu lalu. Terbaharu, pengedar motosikal Benelli di Malaysia, MForce Bike Holding pula berkongsi klip video di Facebook mengenai ketibaan model baharu.

Video itu (lihat bawah) memaparkan sebuah lori diparkir di tepi litar, dan lampu depan motosikal seakan lampu siang (DRL) LED kapcai RFS150i dinyalakan dengan tarikh pelancaran 11 April ini, jam 8 malam serta tanda pagar (hashtag) #intheblinkofaneye.

Angka 18 pada dokumen pendaftaran itu turut mencetuskan tanda tanya, adakah itu motosikal berkapasiti 180cc? Berdasarkan semakan kami, Benelli memang ada motosikal 180cc, tetapi ditawarkan di negara lain, cuma bukan kapcai.

Sebagai makluman, Benelli 180S (foto atas) dengan trenkuasa 180cc dan transmisi manual, sudah dijual di beberapa pasaran seperti Pakistan, Thailand, Georgia, El Salvador, Peru dan Nepal.

Kami jangka MForce akan menggunakan trenkuasa 180S ini pada model kapcai ala RFS150i. Alasan kami:

  • Tidak mungkin pengeluar motosikal sanggup berbelanja besar membangunkan satu enjin baharu semata-mata untuk pasaran Malaysia. Contoh mudah, model RFS150i dan 150S di Malaysia berkongsi enjin sama.
  • Motosikal jenama Jepun, khususnya Yamaha dan Honda, masih mendominasi pasaran dan memiliki sokongan serta keyakinan tinggi ramai pembeli.
  • Malaysia bukan pasaran motosikal utama di Asean, berada di tangga kelima rantau ini dan nombor 13 dunia. Lebih baik wang dilaburkan untuk menambah baik perkhidmatan lepas jualan di pusat servis, stok alat ganti, kualiti binaan, aktiviti dalam kalangan pembeli dan meningkatkan pengalaman pemilikan positif di Malaysia.

  • 180S ialah model naked bike yang biasanya datang dengan lampu utama jenis tunggal. Namun, rekaan lampu disiarkan video acah MForce adalah jenis kembar (lihat foto atas). Ia boleh jadi lampu utama model sportbike fairing, atau lampu DRL LED pada fairing dada model kapcai.  Kami ramalkan itu model supermoped, apa pula ramalan anda?

Apapun ini semua ramalan kami. Persoalan sama ada benar atau tidak hanya akan diumumkan MForce pada 11 April ini (Ahad depan). Sama-sama kita nantikan.

BACA >>> Apa, Kelajuan Maksimum Benelli RFS 150i Cecah 141kmj?! Ini Motor Standard Ok
BACA >>> Supermoped Malaysia 2020: Spesifikasi, Model Baharu, dan Apa Bakal Muncul?

Benelli R18i Benelli RFS150i Kapcai Kapcai Segmen 180cc mforce bike holding Pesaing Yamaha R16ZR Supermoped 180cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.