Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Tabiat Memandu Dapat Kesan Gejala Nyanyuk
Auto Terkini

Kajian: Tabiat Memandu Dapat Kesan Gejala Nyanyuk

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPASUKAN penyelidik di Amerika Syarikat (AS) mendakwa menemui cara baharu mengesan tanda awal kemerosotan kognitif berdasarkan cara pemanduan seseorang.

Menariknya, kajian itu dilakukan menggunakan mesin pembelajaran dan algoritma untuk menganalisis  sebarang tanda demensia (atau istilah bahasa dipanggil nyanyuk) ketika memandu. Kajian tersebut dibiayai Institusi AAA untuk Keselamatan Trafik, manakala tulisan penuh boleh dibaca di Jurnal MDPI.

Ini juga data pertama dikumpul daripada mesin membabitkan kalangan pemandu berumur dan kemudian digunakan untuk mengesan demensia, Alzheimer dan simptom lain.

Kesan kemerosotan kognitif ringan (MCI) dan demensia dalam pemanduan sudah lama menjadi topik kajian. Menurut Persatuan Alzheimer, antara tanda awal penyakit Alzheimer (punca utama demensia) adalah kesukaran memandu dengan selamat seperti terlupa arah ke destinasi biasa, keliru penggunaan pedal dan membuat lebih banyak kesilapan berbanding pemandu kebanyakan.

Semua tanda tersebut dikaji untuk mengesan kemerosotan kognitif. Tujuannya adalah menggunakan data kajian terbesar terhadap pemandu berumur di AS dan mesin pembelajaran untuk mengesan sebarang tanda kemerosotan kognitif menggunakan aplikasi ataupun alat yang dipasangkan pada kereta. 

Menurut laporan New Atlas, kajian dipanggil LongROAD itu dibuat berasaskan data yang diambil daripada hampir 3,000 pemandu berumur melibatkan tempoh masa hingga empat tahun. 

KEPUTUSAN KAJIAN

Berasaskan data LongROAD daripada siri model mesin pembelajaran, keputusan yang diperoleh dalam mengesan MCI dan demensia berasaskan tabiat memandu adalah seperti berikut:

  • 33 subjek didiagnosis dengan MCI, manakala 31 lagi menghidapi demensia.
  • Hanya berpandukan tabiat memandu, simptom MCI atau demensia dapat dikesan dengan ketepatan 66 peratus.
  • Peratusan ketepatan bertambah kepada 80 peratus apabila menggabungkan tabiat memandu dengan faktor lain seperti umur dan jantina.
  • Ketepatan meningkat lagi kepada 86 peratus apabila tabiat memandu digabungkan dengan umur, jantina, kaum, dan tahap pendidikan. 

BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol
BACA >>> Kajian: Pembeli Kereta Setia dengan Satu Jenama, Terutama Model Sama Dikemas Kini

SUMBER: Jalopnik

Alzheimer Amerika Syarikat autotainment dementia kajian Kajian Auto Tabiat Memandu Warga Emas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.