Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Pembeli Kereta Setia dengan Satu Jenama, Terutama Model Sama Dikemas Kini
Auto Terkini

Kajian: Pembeli Kereta Setia dengan Satu Jenama, Terutama Model Sama Dikemas Kini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBIH banyak perubahan dibuat, lebih setia pelanggan itu kepada satu-satu jenama itu. Itulah perumpamaan boleh diberikan berdasarkan data dikutip firma analisis maklumat berpangkalan di Britain, IHS Markit mengenai kesetiaan pembeli terhadap jenama tertentu.

Mengikut data didedahkan, kemungkinan besar dapatan diperoleh daripada kajian di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan senarai jenis model kenderaan.

Walaupun banyak inovasi diperkenalkan semua pengeluar kereta, data menunjukkan majoriti pembeli lebih selesa kekal dengan satu jenama apabila hendak membeli kereta baharu. Kajian dilakukan dengan mengambil maklumat daripada pendaftaran kereta dan transaksi sebenar pelanggan, termasuk pajakan. 

Kajian didapati melibatkan pengguna kereta di AS.

Buktinya, lihat saja reputasi Tesla di pasaran luar, terutama AS. Pengeluar kereta elektrik dari AS itu memiliki pelanggan setia paling tinggi. Malah Tesla mempunyai pengikut fanatik seakan kultus apabila ramai pelanggan berterusan membeli produk jenama itu.

Antara jenama lain yang turut mempunyai ramai pelanggan setia ialah General Motors (GM), Ford dan Lincoln.

Penolong Pengarah Analisis Industri dan Solusi Kesetiaan IHS, Tom Libby berkata, salah satu cara pengeluar kereta memastikan kesetiaan pelanggan setia adalah mengeluarkan model sama yang diperbaharui dan dikemas kini.

PEMILIK KERETA MEWAH LEBIH SETIA?

Sebagai contoh, dalam segmen sedan mewah saiz pertengahan, kebanyakan model mempunyai tahap kesetiaan 21 peratus untuk 12 bulan sebelum model serba baharu dikeluarkan. Angka tersebut kemudian meningkat kepada 29.5 peratus untuk kesetiaan 24 bulan selepas model serba baharu dilancarkan. 

“Data sejarah pendaftaran menunjukkan, perubahan besar pada rekabentuk memberikan kesan positif besar terhadap kesetiaan sesebuah model,” katanya.

Kajian IHS Markit terhadap tahap kesetiaan pelanggan itu dibuat sejak lebih dua dekad lalu yang mana Tesla mengungguli tiga kategori sepanjang 2020. Firma itu juga tidak menjangka perubahan besar akan berlaku dalam aspek kesetiaan pelanggan walaupun trenkuasa dan rekabentuk kereta berubah.

BACA >>> Kajian: Kereta Putih Paling Popular di Dunia untuk 10 Tahun Berturut-Turut
BACA >>> Kajian: Benarkah Video Dashcam Selesaikan Banyak Isu Trafik?

SUMBER: CarandDriver

Auto Terkini brand loyalty Ford General Motors IHS Markit Kereta lincoln Tesla
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.