• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Kereta Putih Paling Popular di Dunia untuk 10 Tahun Berturut-Turut

Kajian: Kereta Putih Paling Popular di Dunia untuk 10 Tahun Berturut-Turut

December 16, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUTIH menjadi warna paling disukai pemilik kenderaan sedunia yang melibatkan satu pertiga jualan global, menurut Laporan Populariti Warna Automotif Global ke-67 didedahkan syarikat cat industri dari Amerika Syarikat (AS) , Axalta.

Berdasarkan laporan syarikat itu, yang turut memiliki operasi di beberapa rantau utama dunia, pemilihan kereta putih merangkumi 38 peratus daripada semua kenderaan atas jalan raya seluruh dunia.

Berikut senarai pecahan pilihan warna kenderaan paling popular sepanjang 2019:

  • Putih - 38 peratus (29% putih solid, 9% putih mutiara)
  • Hitam - 19 peratus (4% hitam solid, 15% hitam efek)
  • Kelabu - 13 peratus
  • Perak - 10 peratus
  • Biru - 7 peratus
  • Merah - 6 peratus
  • Coklat/Beige - 3 peratus
  • Kuning/Emas - 2 peratus
  • Hijau - 1 peratus
  • Lain-Lain - 1 peratus

Hasil laporan itu menunjukkan warna putih kekal bagi tahun ke-10 berturut-turut dengan menguasai satu pertiga daripada keseluruhan warna kenderaan global. Warna hitam pula kekal antara pilihan utama pemandu dan warna digemari untuk kenderaan mewah.

Di Eropah misalnya, 62 peratus kenderaan mewah ditawarkan dalam pilihan warna kelabu atau hitam, manakala pilihan warna putih dan kelabu cuma 25 peratus daripada jumlah kenderaan itu.

Asia pula memiliki jumlah kenderaan putih (termasuk putih mutiara) paling banyak dunia, iaitu 49 peratus. Kelabu pula menjadi warna paling tidak popular di rantau ini, mewakili 6 peratus kenderaan sahaja.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Serikan Semula Warna Cat Motosikal yang Sudah Pudar, Kusam

Berikut warna popular mengikut beberapa negara:

CHINA - 57 PERATUS

China ialah negara dengan kenderaan putih paling banyak, iaitu kira-kira 57 peratus, walaupun ada sedikit penurunan berbanding sebelum ini. Majoriti kenderaan ialah putih solid. Peratus kenderaan warna hitam pula naik 3 peratus, menjadikan jumlah 2019 ialah 21 peratus. Warna perak pula cuma 3 peratus.

INDIA - 33 PERATUS

Bilangan kereta putih naik kepada 33 peratus disebabkan lebih ramai suka kepada opsyen putih mutiara. Warna paling banyak menyaluti kenderaan di India pada tahun lalu ialah perak iaitu 31 peratus, paling banyak di dunia.

JEPUN - 36 PERATUS

Putih kekal popular dengan catatan 36 peratus walaupun susut dari rekod 48 peratus pada 1990. Warna hitam kekal dengan 22 peratus dari jumlah kenderaan di Jepun. Biru pula nampak macam tiada sambutan dengan catatan 9 peratus.

KOREA SELATAN - 33 PERATUS

Buat tahun kelapan berturut-turut, warna putih menjadi pilihan popular penduduk Korea Selatan, sebanyak 33 peratus. Warna perak semakin hilang peminat hingga jatuh serendah 10 peratus berbanding 50 peratus pada 2008.

BACA >>> Korea Selatan Beri Pek Penjagaan Diri, Makanan untuk Rakyat Jalani Kuarantin Covid-19

SUMBER: Autocar | Axalta

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Axalta, Kereta Putih, Laporan Populariti Warna Automotif Global ke-67, Warna Putih

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my