Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Main Game Dapat Tingkatkan Skil Memandu?
Auto Terkini

Kajian: Main Game Dapat Tingkatkan Skil Memandu?

Han OthmanBy Han Othman15/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANDU di bandar besar seperti Kuala Lumpur memerlukan fokus dan kesabaran tinggi. Seseorang pemandu perlu peka dengan persekitaran sepanjang masa, terutama kelibat penunggang motosikal di kiri dan kanan kereta. Apatah lagi jika mahu menukar lorong atau memotong kenderaan lain.

Kita perlu pantas bertindak dan membuat jangkaan tepat tentang kemungkinan kenderaan lain atau pejalan kaki melintas, menukar lorong atau berhenti mengejut. Jadi, apa yang diperlukan ialah kemahiran motor pantas untuk melihat dan bertindak dalam pelbagai senario lalu lintas ketika memandu.

BACA >>> 5 Game Simulator Perlumbaan Terbaik Sepanjang 2018

Bagaimana kita boleh menambah baik kemahiran itu?

Salah satu pilihannya ialah menggunakan mantera ‘practice makes perfect’. Penjelasan mudahnya, apa saja perkara yang dilakukan berulang kali akan membuatkan kita cekap.

Dalam hal ini, kita boleh bermain permainan video atau game seperti Gran Turismo Sport. Ya, game memang boleh menambah baik skil memandu, dan ada fakta sains yang menyokong kenyataan ini. Bukan cakap kosong saja.

MAIN GAME BANTU MAHIR MEMANDU

Satu kajian dilakukan New York University Shanghai (NYU Shanghai) di China menunjukkan bermain game mampu meningkatkan keupayaan individu dalam mengkoordinasikan maklumat visual dengan kawalan motor diri.

Kemahiran motor ialah salah satu faktor penting dan kritikal dalam dunia pemanduan sebenar, menurut kajian diterbitkan dalam jurnal Persatuan Sains Psikologikal (ASP). Penulis kajian, Li Li berkata, kajian mendedahkan bermain game aksi perlumbaan mudah selama 5 jam sudah cukup efektif dari segi kos untuk menambah baik skil kawalan-visuomotor penting yang digunakan ketika memandu.

BACA >>> Gran Turismo Sport Tambah 7 Kereta Baru, Termasuk Mercedes-AMG F1 W08 EQ Power+

Li dan pasukan menggunakan simulator memandu dan menjemput dua kumpulan peserta di kalangan gamer dan bukan gamer) sebagai sebahagian daripada kajian itu. Hasilnya, gamer memiliki ketepatan lebih baik ketika mengekalkan pemanduan dalam laluan, dan kurang menunjukkan perbezaan wajah ketika menempuh arus angin dari arah bertentangan berbanding peseeta bukan gamer.

Kemudian, saintis mengarahkan pula peserta bukan gamer bermainkan game perlumbaan, Mario Kart menggunakan kawalan stereng. Hasilnya, peserta bukan gamer yang bermain Mario Kart itu menunjukkan peningkatan skil kawalan visuomotor selepas 5 jam bermain. Ini menunjukkan game benar-benar membantu menambah baik skil memandu.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda fikir permainan video dapat membantu meningkatkan skil memandu? Jika anda tanya Luis Gono, dia tentu bersetuju. Gono, 19, ialah pelumba drift dari Filipina dan pernah menjadi juara Toyota Vios Cup di negaranya pada usia 15 tahun.

Malah dia menceburi dunia permotoran seawal usia 13 tahun dengan hanya berlatih bermain game. Tambahnya lagi, antara persediaan pra perlumbaan yang dilakukannya ialah bermain game seperti Gran Turismo dan ia cukup membantu.

autotainment game gamer Gran Turismo Sport Kawalan Motor Luis Gono permainan video Persatuan Sains Psikologikal (ASP) Skil video game Visuomotor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.