Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Kad TnG Edisi Khas BAM Versi Original Boleh Beli Esok, Tapi Kad AMG Petronas ‘Orizainal’
Aksesori

Kad TnG Edisi Khas BAM Versi Original Boleh Beli Esok, Tapi Kad AMG Petronas ‘Orizainal’

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize13/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan kad Touch ‘n Go (TnG) dengan rekabentuk yang menampilkan beberapa pemain badminton terkemuka negara akan tersedia untuk dijual.

Kad itu hanya boleh didapati di reruai TnG di Axiata Arena Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada 14-15 Januari ini sempena kejohanan badminton Terbuka Malaysia Petronas 2023.

BACA >>> Kalendar Petronas Cub Prix Malaysia 2023 Didedahkan, Masuk Usia Tiga Dekad Tahun Depan!
BACA >>> Isi Minyak Guna Touch n’ Go RFID Kini di 88 Stesen Shell!

Kad TnG ini menampilkan pemain seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Ng Tze Yong.

Berdasarkan imej dikongsi BAM, setiap kad akan tertera logo ‘Touch ‘n Go eWallet‘ yang mungkin memiliki ciri NFC untuk isian semula secara elektronik menggunakan telefon pintar.

Bagaimanapun, BAM dan TnG masih belum mengumumkan harga kad tersebut. Sebagai edisi terhad, kad itu mungkin berharga lebih tinggi daripada kad TnG NFC biasa yang berharga RM10.

Sebelum ini, TnG mengeluarkan kad NFC dengan rekaan artis persatuan sosial tempatan, United Voice yang berharga RM25 tanpa nilai.

Sementara itu, kenyataan Petronas di media sosial mendakwa logo syarikat dan pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG digunakan tanpa kebenaran pada beberapa barangan, termasuk kad TnG NFC.

Sesetengah pengguna media sosial menjual kad ‘TnG NFC edisi terhad’ dengan logo pasukan Petronas dan Mercedes-AMG untuk pembelian atas platform e-dagang.

Justeru Petronas tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang isu yang timbul daripada pembelian barangan atau barangan tersebut.

BACA >>> TnG Malaysia Minta Jangan Beli Kad Tiruan, Netizen Bangkit Isu Stok Selalu Habis
BACA >>> Mercedes-AMG C 63 S E Performance 2.0L Hybrid (2023), Enjin 4-Silinder Terkuat Dunia!

aksesori Auto Terkini Badminton BAM eWallet Touch n Go NFC Persatuan Badminton Malaysia (BAM) PEtronas AMG Touch N Go
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    07/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.