Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Mforce Dilantik Pengedar Eksklusif ZXMOTO di Malaysia
Roda2

Mforce Dilantik Pengedar Eksklusif ZXMOTO di Malaysia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SATU lagi nama baharu bakal merancakkan pasaran dua roda tempatan apabila Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.secara rasmi diumumkan sebagai pengedar eksklusif ZXMOTO di Malaysia.

Pengumuman ini bukan sekadar penambahan satu lagi jenama motosikal di pasaran, tetapi membawa bersama aura perlumbaan dunia apabila model yang pernah mencipta kemenangan dalam FIM Supersport World Championship (WorldSSP) turut dijangka membuat kemunculan di sini.

Kerjasama Bermula Sejak 2025

Menurut Mforce, kerjasama strategik ini sebenarnya sudah bermula sejak Oktober 2025 selepas pengasas ZXMOTO, Zhang Xue, mengadakan lawatan ke kilang pemasangan motosikal Mforce di Pulau Pinang.

Lawatan itu menjadi titik mula kepada perbincangan lebih serius antara kedua-dua pihak, termasuk potensi untuk memperkukuhkan kehadiran jenama ZXMOTO di rantau Malaysia dan Asia Tenggara. Hasil daripada sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menjalin kerjasama eksklusif — satu langkah yang boleh dianggap signifikan dalam perkembangan industri motosikal tempatan.

Tiga Model Sudah Jalani Ujian Di Malaysia

Sejak Januari 2026, Mforce dilaporkan sudah menerima tiga model motosikal ZXMOTO untuk menjalani ujian ketahanan tempatan.

Langkah ini penting bagi memastikan setiap model benar-benar sesuai dengan keadaan jalan raya Malaysia, selain diuji dari aspek prestasi, ketahanan dan keserasian dengan iklim tropika sebelum dilancarkan secara rasmi. Ini sesuatu yang menarik kerana ia menunjukkan Mforce mahu memastikan produk yang dibawa masuk bukan sekadar sedap atas kertas, tetapi benar-benar relevan untuk pengguna tempatan.

Pelancaran Rasmi Di Malaysia Bike Show 2026

Menurut Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad, pelancaran rasmi jenama ZXMOTO akan berlangsung pada 29 Mei 2026 sempena Malaysia Bike Show 2026.

Bagi peminat motosikal tempatan, ini mungkin antara booth yang wajib singgah kerana beberapa model terkini ZXMOTO dijangka dipamerkan, termasuk model berprestasi tinggi.

Jentera Juara WorldSSP Turut Dipamerkan

Apa yang paling menarik, pengunjung juga bakal berpeluang melihat dengan lebih dekat model yang baru sahaja mencipta kejayaan di pentas dunia.

Model tersebut berjaya meraih double victory dalam kelas WorldSSP di pusingan Portugal Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) yang berlangsung pada 28 hingga 29 Mac 2026.

Pengasas ZXMOTO Dijangka Hadir

Tambahan lagi, pengasas jenama itu sendiri, Zhang Xue, dijangka hadir untuk memeriahkan acara berkenaan.
Ini memberi peluang kepada peminat tempatan untuk melihat sendiri hala tuju jenama tersebut, selain mengetahui model mana yang berpotensi dibawa masuk ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Mforce Terus Kukuh Dalam Industri Dua Roda

Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak peluang untuk pengguna tempatan menikmati produk motosikal berkualiti tinggi. Dalam masa sama, langkah ini turut mengukuhkan lagi kedudukan Mforce sebagai antara pemain utama dalam industri pengedaran dan pemasangan motosikal di Malaysia.

Persoalan paling menarik sekarang — model mana yang akan jadi tumpuan utama bila ZXMOTO rasmi dilancarkan Mei nanti?

FIM Supersport World Championship Malaysia Bike Show 2026 MForce Bike Holding Sdn Bhd Pengedar motosikal supersport ZXMoto
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.