Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Proton Naik 12.5 Peratus, Model Saga & Persona Paling Laku!
Auto Terkini

Jualan Proton Naik 12.5 Peratus, Model Saga & Persona Paling Laku!

Abang GYLBy Abang GYL31/10/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu uji proton persona 2016SEHINGGA September 2017, Proton berjaya merekodkan penjualan sebanyak 56,297 unit kenderaan, iaitu naik 12.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (50,091) meskipun berhadapan keadaan ekonomi yang mencabar.

Daripada jumlah berkenaan, Proton Saga ialah model paling laku dengan mencatatkan penjualan sebanyak 24,061 unit dan diikuti dengan Persona (15,448).

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, kedua-dua model itu yang diperkenalkan pada tahun lalu berjaya melonjakkan angka jualan menjadi lebih baik.

Tambah Rashid, jumlah jualan bagi kedua-dua model berkenaan juga lebih baik berbanding 2016 iaitu peningkatan sebanyak 9,661 unit. Proton Persona merekodkan kenaikan jualan sebanyak 90 peratus pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2016.

pandu uji proton saga 2016” Pendekatan yang diambil sekarang adalah dengan membawa kereta Proton dekat kepada pelanggan dan nampaknya ia berjaya membuahkan hasil. Proton kini sedang giat menjalankan siri jelajah dengan lebih agresif dan memasuki ke lokasi kawasan sibuk terutamanya pada hujung minggu.

” Kami juga sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia dengan memberi penerangan mengenai ciri-ciri yang ada pada semua model Proton. Kebanyakkan model Proton juga diiktiraf ASEAN NCAP 5-bintang.

” Kehadiran rakan strategik baharu Proton, Geely juga ternyata pilihan bijak bagi memastikan syarikat dapat terus kekal berdaya saing di pasaran,” katanya.

BACA >>> Terimalah Promosi ‘Gila-Gila’ Proton Sepanjang Oktober 2017 – Siap Tawar Servis Percuma 5 Tahun!

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium – Najmie Adib Kongsi Pengalamannya…

Dalam pada itu, Proton terus giat menjalankan promosi ‘5 Nilai Hebat’ dengan menawarkan waranti dan servis percuma selama 5 tahun bagi setiap pembelian kereta Proton di seluruh negara.

Ini bermakna, anda tidak perlu bayar sesen pun ketika menghantar kenderaan untuk disenggara,  termasuk kos alat ganti, minyak pelincir dan upah. Semua percuma!

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-888-398 atau e-mel di customercare@proton.com.

Anda juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, anda boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.

BACA >>> Inilah 8 Kemudahan yang Anda Boleh Dapat dengan Aplikasi MyProton

jualan proton meningkat jualan proton naik persona persona paling laku Proton Saga saga paling laku
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    2 Comments

    1. Ahmad on 01/11/2017 08:52

      Apa jadi kepada proton Iriz?

      Suprima S & Preve perlu update features. Brg masih thn 2012/2013. Skrg 2017.. nampak bezza & persona lebih baik features dpd preve/suprima S. Atau tukar nama suprima S kpd proton satria..

      Reply
    2. Mantop on 02/11/2017 08:29

      Jumlah gabungan Persona & Saga terjual pun tak dpt lawan jumlah jualan Bezza. Padahal, Bezza merupakan model ke-3 terlaris dalam keluarga perodua. Terlaris ialah Axia & Myvi..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.