Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Perodua Lepasi Sasaran 2022, Bezza Paling Laris!
Auto Terkini

Jualan Perodua Lepasi Sasaran 2022, Bezza Paling Laris!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/12/20221 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NOVEMBER 2022 ialah bulan paling cemerlang buat Perodua. Ini kerana ada perkembangan menarik berlaku sepanjang bulan lalu melibatkan aspek prestasi pengeluaran, jualan bulanan dan tahunan.

Bulan lalu juga menggambarkan Perodua itu sudah mula bergerak pantas untuk memenuhi permintaan pelanggan selepas mendedahkan strategi ‘melangsai hutang’ mereka.

BACA >>> Perodua Lancar Kajian Pasaran Program Langganan Guna Ativa Hybrid
BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu

Berikut pencapaian Perodua sepanjang November 2022:

MODEL PALING LARIS

Perodua cuma mendedahkan tiga model paling laris sepanjang bulan lalu iaitu:

  • Bezza: 8,089 unit
  • Myvi: 6,624 unit
  • Axia: 5,812 unit
STATUS PENGELUARAN & JUALAN 2022
Pengeluaran
  • Januari-November 2022: 258,960 unit
  • Pengeluaran tertinggi – November: 29,149 unit
Jualan
  • Januari-November 2022: 250,795 unit 
  • Jualan hingga November 2022 naik 50 peratus berbanding 167,250 unit yang dijual tempoh sama 2021
  • Perodua sudah melepasi sasaran jualan tahunan 247,800 unit.
  • Jualan tertinggi November dengan 28,592 unit (naik 40.9 peratus) berbanding 20,299 unit (November 2021)
  • Jualan November juga naik 10.6 peratus berbanding pencapaian Oktober 2022 sebanyak 25,849 unit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;

Pencapaian jualan ini seiring pencapaian pengeluaran kami setakat tahun ini, berjumlah 258,960 unit. Kami juga berjaya mencapai pengeluaran bulanan tertinggi sejak penubuhan kami, iaitu 29,149 unit.

“Pencapaian ini memberi makna pada semua peringkat; Pertama, menunjukkan keupayaan kami dalam memaksimumkan sumber semasa, baik di Perodua atau pembekal dalam ekosistem kami.

“Kedua, melalui pencapaian ini, kami kini menyedari boleh meningkatkan lagi operasi – dalam jualan dan pengeluaran tanpa perlu melabur untuk kilang baharu atau mendapatkan kawasan tanah luas bagi operasi pembuatan kami.

“Kami akan terus melabur dalam menaik taraf operasi sebagai satu kumpulan dengan memberi penekanan kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran warga kami. Kami juga akan bekerjasama rapat dengan pembekal dan pengedar kami untuk memastikan operasi mereka mampu memenuhi permintaan dan cabaran mendatang.

“Kami akan meneruskan momentum jualan dan pembuatan kami untuk memastikan semua pelanggan kami yang dihargai menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih cepat serta memastikan mereka yang menempah dalam tempoh masa pengecualian cukai jualan akan dapat kereta mereka sebelum 31 Mac 2023.

BACA >>> Aksi Penutup Rim Perodua Kancil ‘Lintas Jalan’, Netizen Akui Pernah Alami Nasib Sama
BACA >>> Perodua Alza AV (2022) Kini Ada Akses Apple CarPlay!
BACA >>> #Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?
BACA >>> Perodua Bakal Lancar Platform Tempahan Kenderaan Secara Digital
BACA >>> Perodua Sahkan Tiada Rancangan Naikkan Harga Kenderaan Tahun Ini
BACA >>> CEO: Kereta Elektrik Perodua Tidak Mustahil Lima Tahun Lagi

Auto Terkini Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad Jualan Perodua Januari-November 2022 Perodua Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026

    1 Comment

    1. Zul on 07/12/2022 22:33

      👍….. order bulan Jun sampai sekarang belom dapat lagi….kenapa ek

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.