Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Kereta Proton Lebih 100k untuk Enam Tahun Berturut-Turut
Auto Terkini

Jualan Kereta Proton Lebih 100k untuk Enam Tahun Berturut-Turut

SyafieBy Syafie06/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON sekali lagi berjaya menjual kereta melebihi 100,000 unit buat tahun keenam berturut-turut dengan mencatatkan angka jualan 101,489 unit setakat tahun ini.

Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi kedudukan pengeluar itu di ranking kedua keseluruhan bagi jualan automotif nasional dalam bahagian pasaran dianggarkan 19 peratus.

Logo Proton

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Proton bersetuju dengan keputusan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk meningkatkan lagi unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) setahun penuh kepada 765,000 unit selaras pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diunjurkan hingga 5 peratus.

Kami kekal optimistik mengenai potensi pertumbuhan lanjut dalam industri automotif tempatan. Pasaran automotif Malaysia terus kukuh, dan ini dicerminkan dalam jumlah jualan kami yang melebihi 100,000 unit untuk tahun keenam berturut-turut dengan tempoh berbaki empat bulan lagi dalam 2024.

“Walaupun terdapat banyak persaingan tahun ini daripada jenama baharu, sambutan pasaran terhadap model kemas kini terbaharu Proton, iaitu Proton X50 2024 dan Proton X70 2025 adalah positif dengan angka tempahan kukuh dilihat di seluruh negara.

“Ini bukti keberkesanan penambahbaikan yang dibuat dan menunjukkan betapa pentingnya mempunyai rangkaian pusat 3S/4S terkemuka di pasaran untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.”

Bagi pasaran Malaysia, TIV dijangkakan meningkat 1.3 peratus bulan ke bulan dan secara keseluruhan TIV 2024 ialah 534,766 unit bersamaan peningkatan 6.2 peratus berbanding 2023.

Disebabkan jualan perlahan pada Julai, jualan eksport model Proton semakin meningkat secara stabil  pada Ogos lalu yang turut dipengaruhi jumlah eksport ke Brunei yang meningkat lebih 100 peratus.

Peningkatan jualan sepanjang Ogos lalu merekodkan TIV 72,678 unit.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini jualan proton meningkat Proton
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.