Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan EV Mula Turun di Indonesia, BYD Jadi Jenama Popular Sepanjang April 2025
Auto Terkini

Jualan EV Mula Turun di Indonesia, BYD Jadi Jenama Popular Sepanjang April 2025

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUALAN kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) di Indonesia menunjukkan trend penurunan untuk April 2025 berbanding bulan sebelumnya.

Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO) menyatakan jumlah jualan kenderaan EV untuk bulan lalu ialah 7,690 unit, susut 12.96 peratus berbanding Mac (8,835 unit).

Trend penurunan itu berlaku pada ketika pasaran Indonesia menyaksikan persaingan sengit dan pelancaran banyak model baharu dari pengeluar-pengeluar automotif.

Pun begitu, ada satu jenama menunjukkan kebangkitan dalam segmen EV iaitu BYD Group yang muncul sebagai peneraju pasaran BEV dengan pegangan 56 peratus pasaran Indonesia.

Model BYD Sealion mencatat jualan tertinggi dengan 1,793 unit, diikuti BYD M6 sebanyak 1,257 unit. Model lain seperti BYD Seal, Atto 3 dan Dolphin juga mempamerkan prestasi baik.

Secara total, BYD berjaya menjual lebih 3,496 unit kenderaan pada April 2025. Jika diambil kira jenama Denza (subjenama BYD) yang menyumbang jualan 811 unit menerusi Denza D9, jumlah terkumpul keseluruhan kumpulan BYD ialah 4,307 unit.

SENARAI JUALAN BEV TERBAIK INDONESIA APRIL 2025

  1. BYD Sealion: 1,793 unit
  2. BYD M6: 1,257 unit
  3. Chery iCar 03 (J6): ​​910 unit
  4. Denza D9: 811 unit
  5. Wuling Air EV: 551 unit
  6. Geely EX5: 424 unit
  7. Aion Hyptec HT: 276 unit
  8. Wuling Binguo EV: 255 unit
  9. BYD Seal: 183 unit
  10. Wuling Cloud EV: 156 unit
  11. BYD Atto 3: 144 unit
  12. BYD Dolphin: 119 unit
  13. MG 4EV: 102 unit
  14. Aion Y Plus: 86 unit
  15. Chery Omoda E5: 66 unit
  16. Hyundai Ioniq 5: 50 unit
  17. Neta V-II: 42 unit
  18. Honda E.N1: 30 unit
  19. Mitsubishi L100 EV: 28 unit
  20. Hyundai Kona Electric: 27 unit
  21. Citroen E-C3: 26 unit
  22. Seres E1: 15 unit
  23. Neta X: 10 unit
  24. MG ZS EV: 8 unit
  25. BMW i5: 6 unit
  26. Mini EV: 5 unit
  27. Volvo EX30: 5 unit
  28. BMW iX1: 4 unit
  29. BMW i7: 3 unit
  30. DFSK Gelora E: 3 unit
  31. BMW i4: 2 unit
  32. BMW iX: 2 unit
  33. Mercedes-Benz EQE: 1 unit
  34. Mini Acemen EV: 1 unit
  35. Volvo C40: 1 unit

SUMBER: Kompas

Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.