Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ: Pemilik Bengkel Pun Boleh Kena Tindakan Kalau Setuju Ubah Suai Motosikal Pelanggan
Auto Terkini

JPJ: Pemilik Bengkel Pun Boleh Kena Tindakan Kalau Setuju Ubah Suai Motosikal Pelanggan

AryonBy Aryon28/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada pemilik bengkel motosikal supaya tidak lagi melakukan kerja-kerja mengubah suai enjin motosikal bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahu meningkatkan kelajuan.

Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, dalam operasi khas JPJ semalam, 15 motosikal berjenama Yamaha Y15ZR didapati diubah suai di beberapa bengkel motosikal di negeri itu.

“Kedua-dua pihak bersalah, pelanggan hantar motosikal untuk diubah suai, manakala pihak bengkel bersetuju dengan permintaan pelanggan.

“Sekiranya didapati masih lagi ada individu yang hantar motosikal bagi tujuan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, pemunya kenderaan akan disiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan boleh disita dan diambil tindakan di bawah Seksyen 64(1) akta yang sama,” kata Shahrul dipetik SinarHarian daripada sumber Bernama dalam sidang media di Kangar, hari ini.

BACA >>> Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ – Apakah Akibat Jika Tidak Daftar?

Shahrul berkata, tiga lokasi utama bengkel yang aktif dalam kegiatan itu dikenal pasti di Beseri, Seriab dan Arau. Antara kesalahan paling banyak dibuat ialah mengubah suai ekzos supaya berbunyi kuat dan menambah kelajuan tinggi.

Menrutnya, operasi tersebut bertujuan mendidik penunggang supaya mematuhi peraturan jalan raya berdasarkan peratusan kemalangan maut tertinggi membabitkan pengguna motosikal.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya melaporkan kepada JPJ jika mempunyai aduan berhubung kesalahan jalan raya di talian 04-9763995 atau e-mel p.perlis@jpj.gov.my.

KOMEN

Mungkin ada yang tidak berapa risau kerana operasi tersebut cuma dilancarkan JPJ Perlis dan bukan melibatkan operasi besar-besaran seluruh negara. Malah nombor dan e-mel untuk urusan aduan cuma dikhaskan untuk warga Perlis.

BACA >>> Operasi Kapit Motor di Subang Jaya Sukses! Penunggang Tak Berani Lagi Parkir Sesuka Hati

Namun, apa yang perlu kita tahu, tindakan mengubah suai  motosikal yang tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, sememangnya satu kesalahan kerana jelas ditulis dalam akta. Dan jika dicekup, memang boleh dikenakan tindakan undang-undang. Cuma penguatkuasaan saja yang berbeza mengikut setiap negeri.

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ roda2 Ubah Suai Motosikal Yamaha Yamaha Y15ZR
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.