Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Operasi Kapit Motor di Subang Jaya Sukses! Penunggang Tak Berani Lagi Parkir Sesuka Hati
Auto Terkini

Operasi Kapit Motor di Subang Jaya Sukses! Penunggang Tak Berani Lagi Parkir Sesuka Hati

AryonBy Aryon17/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


OPERASI kapit atau clamp motosikal di Subang Jaya berjaya mengurangkan jumlah penunggang yang melakukan kesalahan parkir di sekitar bandar tersebut, menurut Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Menurut MPSJ lagi, operasi yang kali pertama diperkenalkan di Selangor itu menunjukkan kesan positif sejak mula dikuat kuasa pada Julai lalu di beberapa kawasan tumpuan ramai seperti Sunway, USJ10 dan SS15.

BACA >>> Operasi E-Grip MPSJ Berkuat Kuasa 3 Julai – Motosikal Pun Boleh Kena 'Clamp' Sekarang!

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, pihaknya sudah mengeluarkan 152 kompaun di bawah operasi tersebut setakat 6 Ogos lalu.

“Kami gembira dengan hasil amalan baru ini. Penunggang motor kini berhati-hati dengan larangan parkir dan menghalang ruang parkir khas,” katanya seperti dipetik The Star.

Noraini juga berkata, MPSJ memiliki 30 kunci kapit yang digunakan untuk mengapit tuil brek dan terotel motosikal yang menghalang penunggang bergerak. Mereka yang didapati bersalah akan dikompaun di bawah Akta Pengangkutan Jalan MPSJ 2007.

Bayaran denda dikenakan ialah RM30, meliputi RM5 untuk kapit dan caj kompaun RM20, manakala baki RM5 ialah untuk caj perkhidmatan. Noraini juga berharap amalan tersebut mampu membuatkan penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir disediakan.

Salah seorang penduduk USJ 2, Harcharan Kaur Sidhu memuji tindakan MPSJ sambil mengatakan ia sepatutnya sudah lama dibuat.

BACA >>> Grip-Lock: Peranti Antikecurian Motosikal Saiz Poket yang Mudah Guna dan Berkesan

“Sebagai penduduk, saya terkejut dengan sikap pentingkan diri ditunjukkan orang di Subang. Penunggang kadang-kadang penuhkan lot parkir dengan motosikal mereka dan pergi begitu saja. Kita perlu kapit motosikal tanpa fikir panjang,” kata Harcharan.

Sementara itu, penduduk USJ 6 berkata, ia tindakan positif ke aran mewujudkan komuniti lebih baik.

“Ini cuma permulaan mendidik orang awam tentang keperluan memarkir di kawasan dikhaskan untuk mereka,” katanya.


Apa kata pembaca semua?

Rasanya penduduk Subang Jaya tentu lebih arif tentang masalah penyalahgunaan parkir di kalangan penunggang motosikal di kawasan mereka, terutama di tempat-tempat dinyatakan di atas.

Namun, daripada komen pembaca pada artikel lalu, ramai penunggang mengeluh mengenai ruang parkir yang tidak cukup. Ada pula parkir yang diletakkan terlalu jauh di kawasan tertutup yang mendedahkan motosikal mereka kepada pencuri.

KREDIT FOTO & SUMBER: TheStar

Auto Terkini kapit motosikal Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Motorcycle Clamp MPSJ Noraini Roslan Operasi Kapit Motosikal Subang Jaya
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.