• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Operasi E-Grip MPSJ Berkuat Kuasa 3 Julai - Motosikal Pun Boleh Kena 'Clamp' Sekarang!

Operasi E-Grip MPSJ Berkuat Kuasa 3 Julai - Motosikal Pun Boleh Kena 'Clamp' Sekarang!

July 5, 2018 By ZY Leave a Comment

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JANGAN ingat kereta saja boleh kena clamp, sekarang motosikal pun boleh dikapit kalau diparkir sesedap rasa saja!

Bagi penunggang di kawasan di bawah taklukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), khususnya Bandar Sunway, sila berhati-hati sebelum meletak motosikal kerana Operasi E-Grip sudah mula dikuatkuasakan bermula 3 Julai lalu (sepanduk ditulis April). Padahnya, motosikal anda boleh dikapit sekiranya dikesan diparkir di tempat larangan atau menyebabkan halangan lalu lintas.

Antara tempat yang jadi perhatian ialah petak parkir OKU, kaki lima, petak parkir kereta, petak khas dan petak pili bomba.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, operasi itu ialah projek perintis dalam pengurusan lalu lintas supaya lebih teratur dan sistematik.

“Alat kunci ini diilhamkan MPSJ sendiri, tindakan penguatkuasaan ini ditumpukan di kawasan yang banyak aduan dan kritikal. Pemilik motosikal yang didapati melanggar peraturan ditetapkan akan dikenakan tindakan bawah Perintah Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPSJ 2007 (Pindaan 2015) di mana kapit motosikal (clamping) dan tindakan Notis Tawaran Kompaun akan dikenakan kepada pesalah.

“Caj sebanyak RM30 meliputi kos kapit (RM5), Notis Tawaran Kompaun (RM20) serta caj perkhidmatan (RM5) dikenakan,” katanya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membuka sendiri peranti kapit itu, harus diingat anda boleh dikenakan tindakan di bawah kesalahan vandalisme yang boleh dikenakan denda hingga RM1,000.

TIDAK ADIL?


Sejujurnya, operasi ini nampak kurang adil kepada penunggang motosikal di kawasan tersebut yang kerap mengeluh tentang masalah kekurangan petak parkir yang sesuai. Jika ada sekalipun, lokasinya agak terlindung dan menimbulkan kerisauan tentang risiko kecurian.

Apapun, kami bersetuju buat permulaan tindakan kapit itu dibuat kepada penunggang yang memarkir motor di kawasan khas kritikal seperti petak parkir OKU, pili bomba, dan laluan utama atau simpang jalan.

Menurut MPSJ pula, kajian akan dibuat tentang keperluan menambah petak parkir motosikal di kawasan Bandar Sunway selain mengenal pasti tempat dan sudut yang sesuai untuk tujuan tersebut. Persoalannya, bukankah lebih wajar ruang parkir dibanyakkan terlebih dahulu sebelum penguatkuasaan sebegini dibuat?

Apa kata anda?

SUMBER: SinarHarian | Facebook MPSJ

Artikel Berkaitan

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: clamp motosikal, kapit motosikal, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), MPSJ, Noraini Roslan, Operasi e-Grip, operasi e-grip mpsj

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my